in

“Buka pintu nampak anak kaku badan kebiruan”- Budak 4 Tahun Maut Kena Renjatan Elektrik, Pegang Phone Tengah Cas Lepas Mandi

Featured

Beberapa hari lagi umat islam akan bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, bulan yang sememangnya dinanti-nantikan seluruh umat Islam.

Namun tidak bagi lelaki ini apabila anak perempuannya pergi untuk selama-lamanya selepas terkena renjatan elektrik.

Kisah yang dikongsikan Cikna Nana di facebook ini, diharap dapat menjadi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana.

 si bapa buka pintu tgk si anak dh terkaku dgn badan kebiruan terus”

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=822003861506076&set=a.122602344779568&type=3&theater

PERINGATAN buat semua ibu bapa yg ada ank kecil.. Sy d kejut kan dgn berita pemergian ank sepupu pd 2/6/2019 sedang kan semua sedang sibuk dgn persiapan hr raya yg bakal tiba 2,3 hari lg.. Arwah sgt gemar main tel.. Pd zaman skrg blh d kata kan 90% kanak2 tiada yg xpndai main tel..

Arwah baru lepas mandi oleh bapa nya.. Slps kuar tandas bapa ckp tugu sekajap nt papa siap kan.. Si bapa msok tndas untuk ambl kan kain tower selang berapa minit bunyi ada bnda jatoh si bapa buka pintu tgk si anak dh terkaku dgn badan kebiruan terus capai kain dan tarik si ank..

Tp apakan daya tuhan dh atur semua.. Sudah takdir ajal maut sudah tertulis.. Si ank dgn tubuh basah terus pegan tel yg sedang cas.. Kita xtahu kita xnmpak bahaya ada sekeliling kita.. arwah.meningal sbb kena kejutan eletrik pada tel..

Al_fatihah buat nur fadila 4y
Damai lah d sana wahai ank syurga..

Rata-rata netizen yang mengetahui kisah ini mengucapkan takziah kepada pasangan suami isteri tersebut atas kehilangan anak perempuan mereka.

Malah sempat mereka menitipkan pesanan supaya ibu bapa lebih berhati-hati dalam bab keselamatan anak-anak.

2

3

Semoga keluarga ini redho dengan pemergian anak perempuan mereka. Kepada ibu bapa di luar sana jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan moga lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan anak-anak.

 

Baca : “Ingatkan tidur” Budak 7 Tahun Terkena Kejutan Elektrik Kerana Guna Telefon Nenek Masa Tengah ‘Charge’

Meninggal