in

“Buka pagar kita macam pencuri!” – Jiran Tak Puas Hati Kena Tegur, Kurung Kucing Sebab Datang Rumah

jiran 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hakikatnya, tak semua orang beruntung memiliki jiran yang baik dan memahami malah ada yang terpaksa berhadapan dengan jiran yang mementingkan diri sendiri.

Satu video dimuat naik oleh @yohannaazwa di TikTok yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap jiran sebelah rumahnya yang dikatakan selalu ‘buat hal’ sehingga menganggu privasi dia dan suami.


Jiran ganggu privasi

Menerusi video tersebut, wanita itu mendapati seekor kucing yang dijaganya telah dikurung dalam sangkar besi oleh jiran dengan alasan kucing itu selalu masuk ke kawasan rumahnya.

Artikel berkaitan: Jiran Tak Puas Hati Parking Diambil, ‘Block’ Kereta Sampai Jalan Jadi Satu ‘Lane’

Artikel berkaitan: Jiran Buat Pagar Halang Laluan Flat, Wanita Syukur Akhirnya Dicabut Selepas Video Tular

Jiran takde common sense.. first time menyewa dekat sini tapi husband memang asal orang sini dah tahu perangai jiran ni macam mana. Malas nak layan tapi makin hari, perangai makin menjadi sampai satu tahap dia kurung kucing kita alasan masuk rumah dia dan cakap kita yg takde common sense..

Walaupun baru sahaja tinggal di situ, privasinya terganggu dan mendakwa jiran berkenaan berkali-kali pernah masuk ke dalam laman rumahnya tanpa izin.

Dia sebenarnya dengki dan berdendam kita sebab 1 Mei 2024 kita marah dia masa dia masuk laman rumah kita tanpa izin banyak kali.. buka pagar laman kita macam pencuri! Tahu2 panjat tangga kononnya dinding dalam laman rumah kita tu sebahagiannya dinding dia?

Kadang-kadang ada orang yang tak kenal..

Berkata kepada Lobak Merah, jiran tersebut selalu melakukan hal yang sama kepada penyewa sebelumnya dan kadangkala, ada orang yang tidak dikenali juga masuk ke dalam kawasan rumahnya itu.

Dia ada marah saya sebab tak boleh common sense sedangkan dia tak minta izin saya ibu mengandung. Kadang-kadang saya balik ramai dalam pagar orang yang saya tak kenal. Sebab tu bila dia tahu tu kucing saya, dia jadikan alasan untuk kurung.

Bagaimanapun, dia hanya menggelar kucing itu dan kucing yang lain miliknya kerana selalu memberi makan namun tak semua berteduh di rumahnya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.