Admin kalau pergi funfair, selalu terbayang benda bukan-bukan. Mana taknya, funfair ni dah lah selalu pindah-pindah tempat, lepastu kita tak tahu orang yang pasang tu pasang betul-betul ke tak. Mainan dia pun banyak yang bahaya.
Mimpi ngeri yang selalu kita bayangkan ni akhirnya berlaku apabila seorang budak perempuan berusia 4 tahun terjatuh dari ketinggian bangunan dua tingkat bila dia dibiarkan menaiki ferris wheel keseorangan di sebuah funfair di Hutan Melintang, Perak.
Menurut WORLD OF BUZZ, budak perempuan yang dikenali sebagai Zou Leying ini masuk ke dalam ferris wheel dan walaupun pintu tak ditutup dengan betul, ride tersebut tetap bergerak. Dorang ni tak check dulu ke?
Dikatakan, semasa compartment budak ini sampai ke puncak, pintu tersebut terbuka, budak malang ini terjatuh dari ketinggian bangunan dua tingkat dan ibu bapa budak ini hanya mampu tengok je dari bawah.
Menurut pakcik budak ini, juga saksi kejadian mengatakan beberapa pengunjung yang lihat kejadian ini cuba untuk menangkap budak tersebut namun gagal. Budak ini mengalami kecederaan patah kaki dan luka di bahagian muka dan lengan.
Pengurus taman hiburan ini telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan pekerjanya yang bertanggungjawab mengendalikan tunggangan tersebut cuba untuk hentikan ferris wheel itu bila dia nampak budak perempuan tersebut tak ada peneman, tapi tak berjaya kerana alat kawalan dah lama dan berkarat. Kenapa tak jaga? Why???
Ibu kepada kanak-kanak ini, Chen Qiumei berkata dia dah pun melaporkan insiden ini kepada pihak polis dan pihak polis akan mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan taman hiburan itu kerana gagal menjaga kualiti barangan mereka dan keselamatan pengunjung.
Ibu ini berkata, bila dia nampak anaknya di atas tanah, dia panik.
“Kami terus telefon klinik, saya tak sangka klinik akan cakap dorang tak ada doktor atau ambulans. Kami terpaksa memandu sendiri ke hospital.”
Ada juga yang kata budak ni bukan terjatuh sebab pintu terbuka, tapi sebab lantai compartment tu dah berkarat sangat sampai masa budak ni naik, dia terjatuh dari lantai yang berlubang. Allahu, kalau betul memang dah teruk sangat ni.
Nasib baiklah budak ni hidup lagi. Next time just be careful kalau bawa anak-anak pergi funfair. Kalau boleh, check dulu barang-barang dorang. Kalau dah sampai berkarat macam ni, tak payahlah naik.