Seperti yang umum sedia maklum semenjak dua ini, banyak kes-kes yang tak diingini dilaporkan berlaku di tandas yang terletak di stesen minyak. Jika korang ‘pengunjung’ setia tandas di stesen minyak, pastinya tahu keadaan tandas ini yang biasanya sunyi, gelap, dan lain-lain lagi.
Jadi adalah tidak digalakkan bagi mereka terutamanya yang mempunyai anak kecil tak kiralah lelaki atau perempuan untuk membenarkan anak-anak tersebut pergi ke tandas seorang diri, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Menurut satu perkongsian di TikTok baru-baru ini, seorang wanita yang menggunakan nama Omma Dija ini telah berdepan dengan situasi tersebut dimana ianya berlaku di sebuah tandas sebuah stesen minyak yang tidak didedahkan.
Menurut wanita berkenaan, kejadian berlaku sekitar jam 7.30 malam dan dia baru selesai menggunakan tandas tersebut. Sebelum sempat keluar, terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia sekitar 8 ke 9 tahun berlari masuk ke salah sebuah ‘slot’ tandas yang terdapat disitu.
Namun, apa yang mengejutkan Dija, kanak-kanak tersebut tidak menutup pintu tandas dengan rapat dan terus melepaskan ‘hajatnya’ dan menyangka bahawa penjaga kanak-kanak tersebut mungkin akan menyusul.
Pun begitu, setelah beberapa ketika kanak-kanak tersebut berada disana, tiada seorang pun penjaganya yang datang ke tandas dan perkara ini membuatkan Dija terus menunggu di kawasan tandas berkenaan sehingga kanak-kanak tadi selesai kerana jelas pintu tandas tersebut tidak ditutup rapat dan tidak berkunci.
Selang beberapa ketika, kanak-kanak tersebut selesai dan terus keluar dari tandas dan menuju ke kereta milik keluarganya sambil diperhatikan Dija kerana khuatir dengan keselamatan kanak-kanak perempuan tersebut.
Tambahnya, dia tak sangka videonya akan mendapat perhatian ramai kerana tujuan utamanya adalah untuk memberikan kesedaran pada ibu bapa diluar sana selain berharap ada insan sepertinya sekiranya perkara tersebut berlaku kepada anaknya sendiri.
@akhayati86I just pray that the world would be a safer place for our kids.♬ Это любовь – Амирчик
Menurutnya lagi, dia bukan bertujuan untuk memburukkan keadaan. Malah dia meminta agar orang ramai tidak segera ‘menghukum’ ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut kerana mereka mungkin mempunyai anak kecil yang lain di dalam kereta dan sebagainya.
Menerusi ruangan komen, ramai berterima kasih kepada keprihatinan Dija tersebut dan berharap agar orang ramai lebih prihatin dan menjadikan kawasan awam adalah tempat yang selamat bagi kanak-kanak.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 8 ribu tanda sukaan selain sudah ditonton sebanyak lebih 75 ribu kali dan menerima 285 komen daripada pengguna TikTok yang lain.
Min harap jika kejadian ni berlaku depan mata korang, contohi perkara yang dibuat oleh Omma Dija ni ye. Bukan apa, kekadang kita sendiri tahu macam mana keadaan tandas dekat stesen-stesen minyak ni.
Baca : [VIDEO] Lelaki Terkejut Punggung Diraba Golongan Sejenis Di Tandas MRT Sungai Buloh