Tidak dapat dinafikan, zaman kini ramai kanak-kanak yang sudah terdedah pelbagai perkara menerusi penggunaan peranti serta internet yang boleh dikatakan tiada batasan.
Meskipun banyak perkara positif yang boleh didapati, namun ada juga sisi yang merisaukan berkenaan penggunaan internet, terutama sekali pornografi.
Artikel berkaitan: “Pulau sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan” – LPF
Artikel berkaitan: ‘Group’ Facebook Dikecam Gara-Gara Cadang Boikot Pelajaran English, Sains & Matematik
Dalam perkongsian Mohd Fadhli Othman, dia berkongsi terdapat seorang pelajar tahap dua di sebuah negeri melakukan ‘perniagaan’ seks (BJ) dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan, dan pelajar itu juga mengenakan caj RM10 untuk servis tersebut.
View this post on Instagram
Hantaran yang dibuat di Facebook itu turut dikongsikan oleh penceramah Firdaus Wong yang turut berkongsi kegusarannya berkenaan isu tersebut.
“Diharap jangan diambil sikap demi menjaga nama baik sekolah atau kementerian maka diambil pula tindakan terhadap Fadhli, guru atau sekolah yang terlibat dan ‘sweep under the rug’.
Jangan hentam pemberi informasi tetapi sebaliknya selesaikan masalah yang dibawa! Isu yang dibangkitkan merentasi agama & bangsa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Mohd Fadhli berkata murid juga perlu diberi kesedaran tentang isu pendidikan seksualiti, manakala ibu bapa pula perlu dipanggil untuk ‘dibasuh’ sepenuhnya supaya elemen pendidikan seksualiti itu difahami dari rumah lagi.
Sumber: Instagram, The Merdeka Times