in

Budak 7 Tahun Bawa Bir Senyap-senyap Pergi Sekolah, Kongsi Dengan Kawan Sampai Mabuk Dalam Kelas

Ft Budak Bawa Beer Pergi Sekolah 1

Memang betul sharing is caring, lebih-lebih lagi kalau kita terapkan pegangan ini kepada kanak-kanak, tapi kena lah tengok apa yang yang dikongsikan tu.

Satu kes yang berlaku di Fujian, China apabila seorang kanak-kanak berumur 7 tahun senyap-senyap curi minuman alkohol iaitu bir daripada peti sejuk rumahnya dan masukkan ke dalam beg.

Artikel Berkaitan : Saksi Dakwa Proses Sembelih Daging Import Tak Ikut Prosedur, Kambing Dilemaskan- Penyembelih Minum Arak?

Artikel Berkaitan : Lelaki Beri Bayi Lima Bulan Minum Arak Dalam Video Tular Kini Direman

Dia bawa bir tersebut pergi ke sekolah dan kongsi minuman itu bersama-sama dengan kawan sekolahnya. Namun begitu, mereka hanya sempat minum satu botol sahaja kerana dia dan rakan-rakan dah mula ‘tumbang’ dalam kelas.

Tak lama selepas itu, cikgu sampai ke kelas dan terkejut apabila melihat murid-murid tersebut tertidur di atas meja. Cikgu itu mula menjadi resah melihat keadaan mereka dan dari sinilah cikgu tersebut dapat tahu yang mereka ada minum bir yang dibawa oleh murid lelaki itu setelah disoal jawab.

Screenshot 2023 09 18 155938

Mujur kanak-kanak itu tidak minum banyak dan mereka semua berkongsi minum 1 botol sahaja. Disebabkan itu, murid-murid berkenaan telah didenda dan dipukul dengan penyangkut baju sehingga penyangkut baju itu pecah.

Haih macam-macam gelagat budak-budak zaman sekarang ye! Mak ayah tolonglah pantau. 

Sumber : WORLD OF BUZZ