in

“Budak 4 tahun tidur dengan sampah” – AADK Kongsi Keadaan Rumah Penagih

Syaz Ft 2024 07 04T122949.030

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang terjebak dengan najis dadah bukan sahaja merosakkan diri sendiri, orang sekeliling mereka seperti ahli keluarga serta rakan-rakan juga boleh terkena ‘tempiasnya’.


Terbaru, sebuah perkongsian di TikTok oleh @shanizam9910 memaparkan keadaan rumah seseorang yang didakwa seorang penagih dadah berada dalam keadaan yang sangat merisaukan.

Artikel berkaitan: Rumah Tangga Hancur Sebab Zina, Virgoun Ditahan Polis Kerana Dadah Pula

Artikel berkaitan: Pernah Menjuarai Gegar Vaganza, Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

Dalam video itu, dapat dilihat keadaan rumahnya sangat kotor serta tidak teratur dan lebih merisaukan menerusi kapsyen video itu difahamkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun tinggal bersama pemilik rumah itu.

@shanizam9910

keadaan didalam rumah semasa aktiviti penahanan seseorang yang disyaki sebagai penagih d4d4h. meruntun jiwa saya pada waktu itu apabila mendapati seorang kanak2 usianya dalam lingkungan 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah. saya dengan bantuan rakan saya telah mendapatkan bantuan JKM utk membantu kluarga ini . kami di AADK hadir utk membantu merawat bukan utk menghukum. usah takut utk mendapatkan rawatan secara sukarela di AADK berdekatan dan jangan biarkan hidup anda musnah disebabkan D4d4h. #ambilpeduliambiltahu #musuhno1negara

♬ original sound – Arnysuhanaa – Arnysuhanaa

“Meruntun jiwa saya pada waktu itu apabila mendapati seorang kanak-kanak usianya dalam lingkungan 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah.

Saya dengan bantuan rakan saya telah mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga ini, kami di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hadir untuk membantu merawat bukan untuk menghukum,” tulisnya.

Pemilik video itu turut memberitahu jika mana-mana individu terlibat dengan dadah untuk tidak takut dan segera pergi ke mana-mana AADK untuk bantuan.

Pun begitu, dalam video lain dari akaun yang sama, difahamkan pihak berwajib sudah pun mengambil kanak-kanak itu serta ibunya yang kemurungan untuk diselamatkan.

@shanizam9910

Replying to @Siti Idris kes ini berlaku tahun lepas 2023. last yg sy tahu rumah itu telah dibersihkan dan kanak2 tersebut selamat dalam jagaan ibu mereka.

♬ original sound – Sha27 – Sha27

Siasatan lanjut sudah pun dilakukan dan difahamkan terdapat dua orang lelaki yang positif dadah berada di rumah itu, kes juga dianggap selesai.

Jauhi dadah…

Sumber: TikTok (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.