in

Budak 3 Tahun Menang Saman RM5 Juta, Lumpuh Akibat Kecuaian Hospital

budak 3 tahun lumpuh menang saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin telah mengarahkan seorang budak perempuan berusia 3 tahun dibayar lebih RM5 juta sebagai ganti rugi dalam satu saman ke atas doktor di sebuah hospital kerajaan yang didakwa cuai sehingga mengakibatkan mangsa lumpuh.

Mangsa yang bernama Nur Adeena Mohd Syahmir, dilahirkan pada 12 Mei 2020 melalui pembedahan Caesarean mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah, lapor Buletin TV3.


Mungkin hidup sehingga usia 23 tahun

Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, doktor pakar menerangkan bahawa berdasarkan keadaan, Nur Adeena berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun, justeru mangsa layak mendapatkan pampasan secukupnya.

357562297 663903919110871 8039848568980446434 n

“Tiada jumlah wang yang boleh mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu. Oleh itu, mahkamah hanya boleh memberikan jumlah mencerminkan kerugian dialami serta jumlah itu tidak boleh terlalu tinggi sebaliknya munasabah.

“Mahkamah juga berpandangan jumlah ganti rugi diberikan mesti mengimbangi sebaik mungkin perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung penjaga plaintif,” kata Akhtar.

Pegawai perubatan bertugas tiada pengalaman

Sebelum ini, hospital tersebut ada menjalankan siasatan dalaman dan mendapati pegawai perubatan bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.

Bapa budak perempuan itu memfailkan saman terhadap kerajaan dan doktor terbabit dengan mendakwa mereka cuai serta gagal bertindak demi kepentingan mangsa.

Nur Adeena pada masa ini terpaksa bergantung kepada ventilator dan mempunyai trakeostomi yang melekat padanya.

Baca: “Badan gatal, sampai berkudis” – Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta Kerana Tersilap Beri Vaksin
salah terima vaksin saman kerajaan

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.