Malang tak berbau, kadang-kadang langkah keselamatan yang cuba diambil itu sebenarnya adalah ancaman sebenar keluarga.
Seorang kanak-kanak 2 tahun maut selepas pistol yang dia cuba main daripada purse tertembak dengan dirinya sendiri.
Menerusi Abc News Kayden Stuber, maut ketika dalam perjalanan menuju ke hospital akibat kecederaan parah di kepalanya.
Ia satu kemalangan, bukan pasal cuai – Atuk
Menerusi Grennville News, nenek dan atuk mangsa Bekki Gunter dan Tim Gunter sesali dengan apa yang telah terjadi. Khabarnya si nenek tidak henti-henti menyalahkan diri sendiri.
Menurut Tim, pistol itu berada dalam purse yang di zip dan ditutup dengan rapat. Tapi cucunya tetap boleh buka. Mereka mempunyai pistol kerana demi menjaga keselamatan, namun setelah kejadian ini terjadi banyak pula orang mengecam mereka.
Tim juga menegaskan bahawa kejadian ini adalah kemalangan dan bukan sebab mereka cuai. Tambahnya lagi, dia merancang untuk memusnahkan pistol jenis Glock kerana tidak ada ciri-ciri keselamatan buat pengguna (fungsi untuk elak daripada tembakan secara tidak sengaja).
Pistol tiada ciri keselamatan pengguna.
Tim juga percaya jika butang keselamatan manual terkandung pada pistol tersebut, pasti penembakan ini tak terjadi.
“Sekiranya ia mempunyai fungsi keselamatan, tiada apa yang akan berlaku, ini bukan pasal cuai tapi kemalangan, orang lain terlalu mudah jatuh hukum”
Kejadian ini berlaku pada beberapa hari lalu, keluarga dari South Carolina ini sedang merancang untuk pengebumian mangsa.
Selepas apa yang terjadi kepada cucu mereka, Tim Gunter merancang untuk membuat bisness perkhidmatan yang mengajar keselamatan menggunakan senjata dan jadikan kisahnya ini sebagai ikhtibar.
“Satu-satunya perkara yang saya menyesali dalam hidup saya adalah saya memberikan isteri saya pistol yang kelihatan seperti mainan,” kata Tim Gunter dengan air mata di matanya.
“Mungkin perkara paling buruk yang pernah saya lakukan dalam hidup saya ketika saya memikirkannya.”
Dalam kejadian tersebut tiada orang lain yang cedera. Menurut jurucakap Sheriff Greenviile County Ryan Flood, tiada caj yang difailkan pada masa ini tetapi siasatan sedang dijalankan.
Baca : Lans Koperal Tembak Kepala Sendiri Dekat Depan Pintu IPD Sebab Tertekan Bergaduh Dengan Isteri