Kalau kita terserempak dengan kanak-kanak yang berjalan kaki di tepi highway pada waktu malam mesti kita akan terkejut kan? Kalau min tu tak pasti nak tegur ke tak budak tu.. Seramm..
Walaubagaimanapun, itu lah yang berlaku baru-baru ini kepada seorang lelaki yang terjumpa seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang sedang berjalan di tepi highway Sri Gombak.
Kanak-kanak lelaki itu dipercayai telah lari dari sebuah asrama yang terletak di Taman Melati namun, dia dijumpai di lebuh raya berhampiran Gombak.
“Bahayanya ya Allah, lari asrama pukul 10 malam jalan kaki kat lebuh raya Sri Gombak. Budak umur 12 tahun.”
“Harap lepas ni cikgu lebih berjaga-jaga, takut jadi lagi kes macam ni,” tulis lelaki tersebut.
Namun, apabila di tanya punca kanak-kanak itu melarikan diri dari asrama tersebut, dia menjawab bahawa tiada seorang pun yang menyukai dirinya di sana.
“Kenapa adik tak nak duduk asrama? Adik kena buli ke?”
“Semua orang tak suka,” jawab kanak-kanak itu.
Difahamkan kanak-kanak itu sanggup berjalan kaki seorang diri sejauh lebih 10KM untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Rawang pada waktu malam.
Menerusi video yang dimuat naik itu, pemuda itu telah bertindak membawa kanak-kanak tersebut ke balas polis untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun, video yang tular itu telah dipadamkan pada Isnin pagi, dipercayai atas permintaan ahli keluarga kanak-kanak berkenaan.
Menurut abang kepada kanak-kanak itu, adiknya tidak dibuli ataupun terlibat dengan sebarang tindakan di asrama yang menyebabkan dia melarikan diri.
Dalam pada itu, pihak Polis Prima Sri Gombak telah mengesahkan kanak-kanak lelaki itu telah dibawa ke balai polis berkenaan, pada Ahad malam dan kini dia telah kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat.
Hmmm sanggup dia jalan malam-malam tepi highway kan?
Sumber: mStar
Baca : Lelaki Dedah Sekolah Asrama ‘Lubuk’ Serangan Seksual, Ramai Mengaku Trauma