in

Budak 10 Tahun Pandu Kereta Bawa Anak Jiran Terlibat Kemalangan, 2 Kereta Dirempuh

Budak 10 Tahun Pandu Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

3 buah kenderaan terlibat kemalangan selepas seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikesan memandu kereta dalam kejadian di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian berlaku pukul 9.30 malam itu, kanak-kanak terbabit memandu kereta milik ibu bapanya dengan ditemani jirannya yang juga kanak-kanak berusia sembilan tahun.


Menurut sumber, difahamkan kanak-kanak terbabit memandu kenderaan itu untuk ‘joyride’ atau bersiar-siar sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah van dan kereta Perodua Kancil.

Artikel berkaitan: Bermain Di Tempat Duduk Driver, Budak Tak Sengaja Tertekan Pedal Minyak Kereta Showroom & Rempuh Dinding Mall

Artikel berkaitan: Polis Kesan Ibu Bapa Remaja 14 Tahun Pandu Laju Kereta Bawa 2 Adik Di Kawasan Perumahan

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Corolla dipandu kanak-kanak berusia 10 tahun itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju Taman Arowana Impian telah terbabas di tempat kejadian.

“Kereta Toyota Corolla terbabas semasa melalui selekoh dan berlanggar dengan sebuah van jenis Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan,” katanya.

Kemudian, van tersebut telah menggelongsor ke hadapan dan terlanggar Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.

Mujur, pemandu dan penumpang kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan susulan kemalangan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam pada itu, kes sedemikian boleh menyebabkan pelaku kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga dikenakan tindakan tegas.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.