Bagi yang sudah biasa naik perkhidmatan awam seperti LRT, MRT dan komuter, mesti korang tahu salah satu peraturan iaitu tidak dibenarkan penumpang makan atau minum di dalam tren bagi memastikan kebersihan gerabak sepanjang masa.
Bagaimanapun, baru-baru ini pengguna LRT merakam seorang individu yang mengingkari arahan itu apabila dia bertindak memakan dan membuat sepah di dalam tren.
Menurut pengguna TikTok, tindakan individu itu telah membuat penumpang lain di situ berasa tidak selesa selain telah memenuhi tiga tempat duduk dengan meletakkan barangan peribadinya.
Artikel berkaitan: “Respect anak muda!” – Ramai Kagum Geng Lelaki Ini Bantu Nenek Naik MRT Awal Pagi
Artikel berkaitan: “Terima kasih bang” – Ramai Puji Tindakan Rider Tegur Pengguna Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita
https://www.tiktok.com/@teachercalvintan/video/7287262509688425771
Bukan itu sahaja, kelihatan sampah makanan bertaburan di bawah kerusi individu itu. Malah, dia turut dirakam bermain telefon sambil menggoyangkan kakinya yang tidak memakai kasut.
Perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan individu itu yang dianggap tiada kesedaran sivik dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
Menjengah ke ruangan komen, pihak Rapid KL tampil memberi respon menyatakan bahawa tindakan makan di dalam tren memang tidak dibenarkan.
“Sekiranya berlaku lagi kejadian seperti ini, mohon untuk terus beritahu nombor tren LRT supaya kami terus dapat membuat tindakan pantas.
“Kami memohon maaf di atas ketidakselesaan ini dan akan sentiasa membuat pemantauan agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” tulisnya.
Harap pihak berkuasa perketatkan lagi peraturan supaya penumpang tidak sewenang-wenangnya melanggat peraturan yang sedia ada.
Sumber: TikTok