in

“Buat Malu Je Kat Masjid!”

Sfsf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dulu lagi, negara kita menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang melancong ke negara kita. Maklumlah, negara kita ni memang kaya dengan segala macam budaya, tradisi dan makanan. Tapi takde angin takde ribut, tiba-tiba pengerusi Masjid dekat Kota Kinabalu melarang daripada mana-mana pelancong untuk datang ke masjid tersebut. Aikkk?

Menurut The Star, Datuk Jamal Sakaran, Pengerusi Masjid Kota Kinabalu sekeras-kerasnya melarang daripada pelancong untuk datang melawat ke situ selepas ada pelancong yang langsung tak hormat masjid berkenaan.


Kota Kinabalu City Mosque 01
gambar hiasan

Difahamkan, ini semua berpunca apabila tularnya sebuah video pendek, di mana dalam rakaman itu, ada pelancong luar dengan tanpa ada rasa bersalahnya menari di atas pagar yang betul-betul terletak di hadapan masjid itu. Aduhhh tak pasal-pasal… Menurut sumber lagi, ada dua orang wanita yang syok menari di situ, manakala sorang lagi wanita dok rakam dorang tengah menari.

“Kami akan segera tutup masjid ini daripada pelawat. Semua bas-bas, kereta Grab atau pun teksi tak akan dibenarkan bawa pelancong ke masjid ini,” kata pengerusi tersebut.

Image
sumber: the star

Tambahnya lagi, hanya kenderaan yang berdaftar dengan masjid itu sahaja yang dibenarkan membawa pengunjung ke masjid. Selain daripada itu, bilangan pekerja RELA akan ditambah secepat mungkin bagi mengawal persekitaran masjid tersebut daripada berlakunya aktiviti yang tak sepatutnya.

Semua netizen konfem-konfem dah tengok video tu, and majoritinya memang marah lah. Senang kata, apa yang dorang buat tu memang memalukan! Apa-apa pun admin nak pesan, tak kisah lah kita dekat mana pun, hormatlah agama dan budaya masing-masing ye!

Alamak kak oi… Masjid tuuu… Tak pasal-pasal!

Baca: Netizen Kecam Konsert Dangdut Diadakan di Perkarangan Masjid Indonesia

00

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.