in

Buat ‘Live’ Untuk Perjelas Isu Scam Pakej Percutian, Netizen Pelik Masih Ada Yang Beri ‘Gift’ Dekat Kim Seri

kim seri beri penjelasan ramai bagi gift

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pempengaruh dan usahawan, Kim Seri telah mengadakan sesi live di TikTok berkenaan isu dakwaan penipuan pakej pelancongan yang dikendalikannya.

Menurut Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina, dia mengakui kelemahan dalam pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan hingga mengalami kerugian menjadi punca masalah yang timbul berkaitan pakej pelancongan tersebut.


Kim Seri menerusi menerusi TikTok live menjelaskan bahawa kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.

Restoran mengalami banyak kerugian. Tak tertanggung dari segi masalah pembayaran cukai, masalah gaji, masalah tax yang sangat tinggi dan pembelian barang-barang mentah. 

“Jadi masalah-masalah ini telah mengganggu pengurusan semua perniagaan, termasuklah pakej pelancongan dan juga banyak masalah-masalah perniagaan lain. Boleh dikatakan, perniagaan saya mempunyai masalah daripada peniagaan restoran tersebutlah,” katanya.

Katanya lagi, perniagaan juga bertambah rugi pada Ramadan dan berlarutan sehingga musim panas iaitu pada Jun hingga Ogos kerana tiada pelancong yang datang ke Korea Selatan ketika itu.

Artikel berkaitan: “Saya masih di Korea” – Kim Seri Jawab Tuduhan Lari Ke Jepun, Sedia Beri Kerjasama Siasatan

Artikel berkaitan: Kecoh Isu ‘Scam’ Pelanggan Hampir RM400k, Kim Seri Beri Jaminan Akan Bayar 2 Bulan Lagi

Kim Seri janji pulangkan semula wang sebelum atau pada 1 Februari 2025

Dalam pada itu, Kim Seri berjanji akan pulangkan semula wang pelanggan terjejas sebelum atau pada 1 Februari 2025 dan bertanggungjawab sepenuhnya akan hal tersebut.

Saya sedar insiden ini telah menimbulkan kesan mendalam terutama kepada mangsa-mangsa yang tersadai di lapangan terbang yang tentunya mengalami tekanan hasil daripada keputusan saya yang tak berfikir panjang pada waktu tersebut.

“Saya mohon maaf, saya akan bayar ganti rugi dan semua pakej yang saya tunda, saya akan memulangkan semula wang kepada semua yang terjejas dalam tempoh satu bulan lebih lagi,” katanya.

kim seri live

Tambahnya lagi, dia akan menggunakan aplikasi TikTok sebagai platform untuk mencari wang bagi membuat bayaran ganti rugi kepada pelanggan selepas restorannya kini sudah bertukar milik.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, saya hanya ada satu platform iaitu TikTok di mana Kim Seri Restaurant sekarang sudah bertukar milik dan pakej pelancongan saya juga sudah ditutup selain perniagaan lain turut alami kerugian.

“Saya akan guna TikTok sepenuhnya untuk mencari rezeki dan bermula esok, saya akan cari duit di sini. Saya akan buat ‘live’ untuk berniaga dan ini satu-satunya cara untuk saya cari wang untuk bayar balik,” katanya.

Netizen pelik masih ramai beri gift pada Kim Seri 

Semasa sesi live tersebut berlangsung, dapat dilihat meskipun Kim Seri mengehadkan bahagian komennya, masih ramai yang memberi ‘gift’ kepada pempengaruh tersebut.

Situasi ini membuat rata-rata netizen pelik, mengapa masih ada di kalangan pengikutnya sanggup memberikan ‘gift’ meskipun pempengaruh ini sudah terpalit dengan berbagai isu bermasalah.

beri gift kim seri

Apa-apapun, min harap mereka yang terkesan dengan isu ini moga dapatlah wang ganti rugi yang dijanjikan Kim Seri tersebut. Moga semuanya dipermudahkan.

Sumber: Astro AWANI, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.