Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pun mengumumkan perintah kawalan pergerakan kepada rakyat Malaysia bermula esok sehingga 31 Mac nanti. Mesti ramai yang kecewa sebab terpaksa batalkan kenduri kahwin mereka lebih-lebih lagi ketika musim orang kahwin ni kan.
Menurut Facebook Dinas Bridal, pengantin baru boleh cuba buat majlis kenduri dengan konsep drive-thru. Dah macam nak beli ayam KFC dah ni.
https://www.facebook.com/denas.bridal/posts/1347731462282997
Tetamu dan pengantin juga perlu menggantikan budaya bersalam-salaman dengan isyarat tangan dengan cara meletakkan tangan pada dada. Kurang sikit risiko wabak Covid-19.
Selain itu, kalau rasa sayang nak batalkan tempahan makanan, keluarga pengantin juga boleh membungkus makanan kenduri. Makanan tersebut boleh diedarkan kepada tetamu melalui drive-thru.
Namun, kalau rasa tidak sihat, korang tetap tidak boleh hadir ke majlis kahwin walaupun berkonsepkan drive-thru. Duduk je diam-diam kat rumah.
Rata-rata netizen terhibur dengan idea dengan kenduri konsep drive-thru ni.
Tapi, rasanya majlis ni bukan majlis betul pun. Rasanya butik pengantin Dinas Bridal hanyalah memberi cadangan. Lagipun posting FB ini dibuat sebelum pengumuman perintah kawalan pergerakan, jadi konsep ni tidak relevan dengan keadaan semasa.
So, terpulang kepada masing-masing selagi tidak melanggar perintah kerajaan untuk masa ini.
Baca: Majlis Perkahwinan Tradisional Ni Betul-betul Wow! Siap Diarak Atas Tandu