in

Buat Content Ugut Baling Mercun Dekat PMX, Lelaki Direman Selama 3 Hari

ft lelaki direman ugut PMX

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular satu video seorang pemuda berumur 24 tahun yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Disebabkan itu, pemuda tersebut telah ditahan reman selama 3 hari bermula hari ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penahanan reman itu dibuat susulan satu ciapan yang dikesan oleh pihaknya.


“Boleh Pasang nanti bang Non Mai klate, Kasi ajar sikit”, kenyataan berbaur ugutan yang ditunjukkan menerusi tangkap layar di Twitter.

Screenshot 2023 04 28 185320

Tambah beliau, kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri dan mendapati sumber itu dimuat naik menerusi akaun TikTok dan telah dipadamkan.

“Kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri. Hasil pemerhatian mendapati sumber asal hantaran tersebut telah dimuat naik oleh suspek di akaun Tiktok @najibnafi99, namun mengikut semakan video tersebut telah dipadam.”

Penangkapan telah dibuat kira-kira jam 10.30 malam semalam, tangkapan telah dibuat ke atas suspek di pekarangan Balai Polis Binjai untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca : “Diugut makan babi & tikus” – Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Syukur Dapat Pulang Malaysia

ft mangsa sindiket scam kerja dapat balik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.