in

Buat Content TikTok Dedah Wajah OKT Masa Ke Mahkamah, Anggota Beruniform Boleh Berdepan Tindakan

Ft Wanita Beruniform Dikecam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, ramai yang tahu bahawa menggunakan media sosial semasa bekerja adalah satu kesalahan, apatah lagi jika seseorang itu berkhidmat dalam sektor awam.

Minggu lepas, satu video perkongsian daripada seorang pengguna TikTok telah mengundang kemarahan netizen.


 

“Sila beli lalauan ye…Sis nak ke court ni.”

Pengguna akaun TikTok itu merupakan seorang penjawat awam beruniform, dalam video yang dimuat naik itu. Ia menunjukkan kelakuan wanita tersebut sedang menjalankan tugasnya.

Apa yang menjadi tentangan warga maya adalah penjawat awam tersebut menayang rupa OKT/OKP, dikatakan pada waktu itu dia sedang mengiringi OKT/OKP tersebut ke mahkamah.

Polis Dikecam7

Video itu kemudiannya di kongsikan semula ke Twitter dan meraih sehingga lebih daripada 10K jumlah perkongsian. Rata-rata netizen bengang dan menghentam tindakan  wanita tersebut kerana telah melanggar etika dan integriti sebagai petugas beruniform turut dipertikai.

 

Tak professional – Netizen

Polis Dikecam Polis Dikecam2 Polis Dikecam3 Polis Dikecam4 Polis Dikecam5Png Polis Dikecam6

 

Bakal berdepan tindakan 

Susulan dengan tindakan tersebut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim menerangkan bahawa mana-mana anggota polis yang menggunakan media sosial semasa bertugas bakal dikenakan tindakan.

https://www.facebook.com/watch/?v=600514047923482

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai untuk membuat laporan melalui saluran yang betul kerana warganet yang memberikan komen keterlaluan juga boleh berdepan dengan tindakan tatatertib.

 

Baca : “Beri perlindungan pada mangsa” –  Rina Harun Minta PDRM Siasat Segera Wanita Diganggu Polis Masa ‘Roadblock’

Collage 23

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.