in

“Buat content sampai permainkan solat” – Netizen Kecam Wanita Indonesia Buat ‘Trend’ Selfie Sambil Sujud

solution 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak sejak TikTok trending dengan pelbagai challanges mahupun trend, ramai pengguna aplikasi itu membuat video demi mendapatkan tontonan yang tinggi. Namun begitu, ada sesetengah daripada mereka membuat content seperti mempermainkan agama.

Semalam, tular di X seorang netizen telah membuat hantaran tentang seorang wanita dari Indonesia membuat trend ‘99 masalah dan satu solusi’.


Trend 99 problems, 1 solution

Wanita itu memuat naik dua gambar di TikTok seolah-olah ingin memberitahu bahawa 99 masalah yang dihadapi di dunia ini pasti dapat diselesaikan melalui satu cara iaitu dengan mendirikan solat.

Benar apa yang dimaksudkan kerana rukun Islam kedua itu mempunyai makna yang besar dalam kehidupan seorang Muslim dan menjadi penyelesian kepada setiap masalah yang dihadapi.

Artikel berkaitan: Naib Canselor UiTM Tegur Trend Graduan ‘Beraksi’ Dengan Jubah Konvo Untuk Content

Artikel berkaitan: “Untuk content ke?” – Wanita Dikecam Netizen, Ambil Semula Bungkusan Makanan Lepas ‘Snap’ Gambar

“Buat content sampai permainkan solat”

Dengan kapsyen ringkas dalam gambar itu, wanita tersebut mahu menyatakan solat adalah jalan penyelesaian bagi 99 masalah yang dihadapi namun apa yang membuatkan netizen marah, gambar tersebut menunjukkan wanita itu sujud di atas sejadah sambil selfie.

Nak buat content sampai pemainkan solat

Ramai netizen berpendapat bahawa cara tersebut adalah salah kerana wanita itu seperti mahu mempermainkan agama demi membuat content yang viral namun banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan dakwah di media sosial.

Mereka mencadangkan wanita itu menggunakan gambar sejadah sahaja untuk menerangkan maksud satu solusi kepada 99 masalah.

solution 1

solution 3

Selain itu, ada netizen yang memberi cadangan lain untuk menyelesaikan 99 masalah dalam hidup.

solution 2 1

Kalau boleh, kita dakwahlah dengan cara yang lebih baik dan bukan semata-mata untuk content.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.