in

“Buanglah minyak masak dengan betul!” – Netizen Puji Lelaki Bersihkan Sisa Minyak Dalam Pembentung

Untitled Design 2022 03 11T155852.603

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pemilik perniagaan makanan atau restoran mesti tahu apa itu grease trap kan?



Grease trap atau perangkap minyak ialah sebuah alat yang digunakan untuk menangkap atau menapis minyak yang dibuang ke dalam singki. Ia digunakan untuk menahan minyak daripada masuk ke longkang atau pembentung.

Minyak yang dibuang secara terus ke dalam singki biasanya akan mengakibatkan longkang atau pembentung tersumbat sehingga boleh mendatangkan masalah seperti bau busuk dan juga kerosakan besar pada paip saliran.

Baru-baru ini, Ng Sze Han yang merupakan Exco Negeri Selangor telah memuat naik sebuah Tweet dimana kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam pembentung untuk mengeluarkan sisa minyak yang sudah mengeras.

Lebih menyedihkan, lelaki tersebut tidak memakai pakaian yang sesuai dan tidak memakai perlindungan yang betul untuk membersihkan pembentung tersebut.

Berpunca daripada restoran yang tidak membersihkan grease trap

Dalam tweet tersebut, difahamkan sisa minyak itu disebabkan restoran di sekitar Taman Kinrara Seksyen 1, Puchong tidak menggunakan grease trap atau tidak membersihkan alat tersebut.

Ng Sze Han juga menyarankan peniaga restoran di sekitar kawasan tersebut untuk mengitar semula minyak-minyak yang telah dipakai.

Selain itu, rata-rata netizen menyurakan rasa risau kepada lelaki tersebut dan ada juga yang mempersoalkan kemana pergi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan tersebut.

Twttt

Jangan selfish okay!

Baca: “Eee kotornya!” –  Netizen Geli Tengok Cara Restoran Popular Di Kg Baru, KL Sediakan Makanan

Untitled Design 2022 03 11T155622.116

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.