in

“Buang tebiat ni” – Aliff Syukri Tarik Perhatian Netizen, Berendam Dalam Jakuzi Untuk Video Klip Lagu Raya

Untitled design 2024 03 29T111858.404

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali Raya Aidilfitri menjelang tiba, kita pasti akan menunggu lagu-lagu raya daripada artis kegemaran kita.

Sejak beberapa tahun lalu, usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri ada mengeluarkan lagu bersempena Aidilfitri.


Artikel berkaitan: “Bila masa saya curi lagu?” –  Penyanyi Dangdut Jawab Dakwaan Aliff Syukri Isu Curi Lagu Raya

Artikel berkaitan: Kritik Rumah Aliff Syukri Macam Kedai Tomyam, Syarikat ‘Interior Design’ Mohon Maaf

Pun begitu, baru-baru ini pengasas jenama D’Herbs itu ada memberitahu dia tidak akan keluarkan lagu raya bagi tahun ini, namun dia telah pun membuat ‘kejutan’ dan memuat naik beberapa video behind the scene untuk lagu rayanya tahun ini.

Netizen bagaimanapun tidak begitu setuju dengan konsep yang dibawakan apabila terdapat babak di mana Aliff Syukri berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi buih serta dikelilingi oleh penari lelaki yang berpakaian baju Melayu lengkap.

@media_penglipurlara

Datuk Seri Aliff Syukri sedang sibuk rakam video lagu rayanya. Beliau kelihatan seperti nak bawa kelainan kali ni. #aliffsyukri #laguraya #viral #fypp

♬ original sound – mediapenglipurlara – mediapenglipurlara

“Dah kenapa pulak ni?”

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan komen netizen yang merasakan babak itu keterlaluan serta seakan tidak menghormati bulan yang mulia ini.

Malah, ada juga berpendapat lagu Datuk Aliff Syukri ini sesuatu yang kurang baik untuk industri muzik tanah air.

cats 34

Macam mana agaknya lagu Datuk Aliff Syukri tahun ni?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.