in

Boy Iman Dituduh Menipu Orang Ramai, Jual Rumah Harga RM200,000 ke RM50,000

Dbi Homes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang orang ramai sanggup lakukan apa saja demi dapatkan wang dengan cara yang mudah. Ia termasuklah menipu orang ramai sungguhpun mereka sangat terkenal di kalangan masyarakat. Lagi terkenal, lagi mudah nak menipu kan??

Menurut laman Facebook PW Community, pelakon dan usahawan Boy Iman telah didakwa melakukan penipuan penjualan rumah melalui syarikat DBI Homes miliknya. Penipuan dilakukan kepada orang ramai dengan menggunakan helah iaitu menjual rumah yang berharga RM200,000 pada harga serendah RM50,000. Aik biar betul ni?


21558776 876634612494823 5365291918966175030 N
sumber: facebook

Admin PW Community berkata, nilai harga yang ditawarkan syarikat DBI Homes ternyata mustahil mengikut dari rekaan yang dijanjikan dan tidak mungkinlah sebuah syarikat mahu menanggung kerugian yang besar.

“DBI bukan yang pertama menawarkan rumah pada harga rumah mampu milik, malah ada syarikat lain turut melakukan perkara yang sama sebelum ini iaitu Alfafa. 

“Syarikat tersebut juga turut melantik Boy Iman sebagai duta dan kini dia telah menukar jenama pembohongan Alfafa kepada DBI Homes.”

Hmm macam ada connection je? Misteri ni! 

21317971 874383186053299 346034834696635389 N
sumber: facebook

Selain itu, PW Community juga mendakwa DBI Homes menggunakan teknik skim piramid dalam mengumpul dana. Harga rumah yang murah pula hanya sebagai tarikan semata-mata.

“Apabila perlu cari downline bermakna dana yang dikumpulkan oleh DBI akan menjadi berlipat kali ganda secara pyramid scheme dan semestinya permainan licik sebegini senang dapat sambutan. 

“Kita lambat bertindak untuk kekang scam Alfafa. PW mula buat isu bila keadaan telah jadi serius dan dalam kes DBI kita berpeluang untuk lenyapkan penipuan sebelum ia kukuh bertapak.”

Dengan itu, sebelum DBI merebak seperti barah sesuatu harus dilakukan untuk melenyapkan kegiatan syarikat ini supaya orang awam tidak mudah diperdaya dan menjadi mangsa.

Rata-rata netizen dalam posting PW Community tersebut bersetuju dengan bukti yang dinyatakan dan ingin membongkar penipuan Boy Iman dan syarikatnya.

Boy Iman
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, Boy Iman dalam kenyataannya pada mStar memberitahu bahawa semua yang dinyatakan PW Community hanyalah fitnah semata-mata. Malah beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik Facebook tersebut nanti.

“Itu fitnah dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang minggu ini. Buat apa nak menipu, saya ini selebriti yang dikenali dan tidak boleh lari kemana-mana.

“Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa penipuan saya sila kemukakan bukti dan buatlah laporan polis,” katanya lagi.

6C19B0F1326C8D129Fec0B2C2Efa8449
sumber: pinterest

Dalam pada itu, Boy juga mendakwa pengendali laman Facebook tersebut kemungkinan besar telah dibayar pihak tertentu untuk menjatuhkan syarikatnya.

Boy 1
sumber: beautifulnara

“Rumah murah yang kami bina itu terhad dan kalau nak tahu kita ada bina rumah berharga lebih RM500,000.”

“Tidak apalah, saya sudah biasa dihentam dan tunggulah tindakan saya selanjutnya,” tambah Boy Iman.

Kalau syarikat tersebut betul-betul ingin membantu orang ramai, baguslah. Tapi kalau Boy cuba menipu… jawablah di akhirat nanti ya! 

Baca: “Calit-calit terus mengandung??” – Fizo dan Mawar Difitnah Menggunakan Produk Berbahaya Untuk Ikhtiar Hamil

Fizo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.