in

Bot Regata Karam, 5 Mangsa Ditemukan Lemas Di Muara Sungai Sarawak

Bot Regata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lalu, sebuah insiden bot regata karam telah berlaku di Sungai Sarawak dan kejadian tersebut difahamkan berpunca daripada gelombang pergerakan sebuah bot nelayan yang datang dari arah bertentangan, lapor Berita Harian.

Seramai 16 orang peserta telah berada di dalam bot regata itu ketika kejadian dan 11 orang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.


Walau bagaimanapun, lima lagi mangsa hilang.

Pagi tadi, kelima-lima mangsa yang hilang dalam kejadian itu akhirnya telah ditemui terapung di muara Sungai Sarawak kerana kesemua mereka telah lemas.

8 1

Artikel berkaitan : “Berat dugaan” – Bot Karam Pula Masa Bawak Mangsa Banjir, Siap Ada Anak Kecil Lagi!

Difahamkan,dua mayat mangsa ditemui oleh anggota bomba dan penyelamat berhampiran Baraj Sungai Sarawak sekitar jam 6.16 pagi.
Manakala anggota bomba telah menemukan mangsa ketiga di muara Sungai Sarawak pada jam 6.40 pagi.
Mangsa keempat ditemui oleh anggota Sarawak Coastguard tidak lama kemudian dan mangsa terakhir pula ditemui beberapa minit kemudian setelah dron polis digunakan untuk mengesan mangsa.
9 4
Untuk makluman, kesemua mangsa adalah staf Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak.
Ketika insiden, kesemua mereka bersama 11 lagi peserta sedang berlatih dengan menggunakan bot regata itu kerana mahu membuat persediaan untuk menyertai acara perlumbaan perahu kayuh, Regata Sarawak pada awal November ini.
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.