Setelah sekian lama tidak dibenarkan, majlis kenduri kini dibenarkan untuk diadakan semula dengan ketetapan tertentu pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti tetamu telah mendapat vaksinasi penuh, memakai pelitup muka dan lain-lain.
Seperti kebiasaan, salah satu perkara yang sering menjadi ‘masalah’ bila menghadiri sesebuah kenduri adalah untuk memilih pakaian.
Mana tidaknya, jika salah pakai, berkemungkinan besar akan ada orang lain yang memakai pakaian yang sama atau lebih teruk, seperti satu perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna yang bernama Amirul Effendy ini.
Menerusi video tersebut, kejadian berlaku ketika mereka sekawan menghadiri sebuah majlis kenduri dan secara kebetulan, salah seorang teman perakam video telah memakai pakaian yang seakan-akan pelayan di majlis tersebut.
Kelihatan, lelaki tersebut mengenakan seluar berwarna gelap dan memakai baju kemeja biru gelap yang kebetulan sama tona dengan pakaian pelayan disana.
Tanpa pengetahuan rakan tersebut, difahamkan mereka telah berpakat dengan seorang pelayan untuk memangil kawannya itu untuk meneruskan pekerjaannya.
“Bos panggil dekat belakang”
@amiruleffendy_ Pergi wedding , membe boleh dress up sama dengan catering ? #fyp #JomReady #HONOR50duet ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menerusi penjelasan yang dilakukan pemilik akaun SayaSopan ini, mereka semua telah berkawan agak lama dan masing-masing dah dianggap sebagai keluarga kedua. Difahamkan, apa yang berlaku bukanlah kesilapan daripada pelayan tersebut tetapi ianya telah dirancang.
Kalau dengar perbualan semasa ‘kejadian’ tersebut berlaku, masing-masing sudah kelihatan bersedia untuk mentertawakan lelaki berkenaan selepas dia ‘dipanggil’ oleh bos.
Meneliti ruangan komen, ramai juga yang turut tergelak dan boleh relate dengan apa yang berlaku selain ramai juga turut memberikan ‘tips’ supaya membawa baju lain di dalam kereta sebagai simpanan lebih-lebih lagi sekiranya perkara sebegini berlaku.
Korang pernah ke kena macam ni?
Baca : “Sunyi la Nobita lepas ni”- Comel! Pemuda Pakai Kostum Doraemon Di Hari Pertunangan