Walaupun sudah bergelar warga emas, sering kita lihat golongan seperti ini masih gigih berkerja demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.
Oleh itu, kita cubalah membantu mereka sebaik mungkin seperti pengguna TikTok ini yang berkongsi tindakannya memborong aiskrim dari seorang pakcik di Tawau, Sabah.
Artikel berkaitan: Menyayat Hati! Lelaki Warga Emas Ditinggalkan Atas Tilam Penuh Najis Di Wakaf Che Yeh
Artikel berkaitan: Wang Simpanan RM3.83 Juta Tinggal RM79.59, Warga Emas Jadi Mangsa ‘Phone Scam’
“Dapat hadiah paling bermakna”
Menerusi video yang tular di TikTok, dipaparkan seorang pakcik kelihatan sangat terharu apabila pemilik video telah memborong kesemua aiskrim yang dijualnya.
Pakcik tersebut kemudian dilihat sedang berdoa dengan khusyuk sekali buat pelanggan yang membeli aiskrimnya dalam tempoh yang lama.
@dausbatjo
Kami borong aiskrim dan dapat hadiah paling bermakna dari pakcik ni. Dia mendoakan kami semua dengan penuh khusyuk dalam tempoh yang lama.
“Semoga pakcik ini aiskrim ini menjadi perantaraan kebaikan untuk kami semua berkawan. Kami doakan pakcik aiskrim ini sihat-sihat dan dimurahkan rezeki selalu,” tulisnya.
Pengguna TikTok ini juga mengajak semua warga Tawau untuk membeli aiskrim daripada pakcik ini sebagai tanda sokongan.
“Murah rezeki selalu pakcik”
Video tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mengakui mereka sudah beberapa kali bertembung dengan pakcik tersebut dan mendoakan semoga warga emas itu sihat-sihat selalu.
Semoga baik-baik sahaja buat pakcik.
Sumber: TikTok