Hajah Esah Tahar iaitu bonda Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dilaporkan oleh Harian Metro telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Damansara sekitar jam 5 pagi tadi.
Difahamkan, Allahyarhamah yang berusia 82 tahun telah meninggal dunia akibat sakit tua.
Perkhabaran duka itu telah dikongsikan menerusi kenyataan rasmi Selangor Royal Office dan jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat zohor pada hari Ahad iaitu hari ini.
Aartikel Berkaitan: “MasyaAllah cantiknya” – Permaisuri Selangor Dipuji Makin Berseri, Bertudung Lepas Balik Haji
Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham bonda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Hajah Esah Binti Tahar.
Sumber: Harian Metro