Pertikaian sempadan antara Kemboja dan Thailand yang sudah berlarutan selama beberapa dekad meletus semula pada minggu lalu, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain sebagai pencetus konflik.
Namun, kedua-dua negara ini telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata selepas lima hari pertempuran yang mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan lebih 300,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Artikel berkaitan: Baru Sahaja Berdamai, Tentera Thailand Tuduh Kemboja Langgar Gencatan Senjata
Artikel berkaitan: “Tak sangka pula” – Netizen Dedah Orang Thai Sebenarnya Takut Dengan Ilmu Sihir Melayu?
Bomoh kemboja didakwa hantar sihir
Sebuah video memaparkan sekumpulan bomoh Kemboja sedang menjalankan ritual sihir terhadap gambar Komander Tentera Wilayah Kedua Thailand, Leftenan Jeneral Boonsin Padklang, tular di media sosial.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ritual itu dilakukan sebelum atau selepas persetujuan gencatan senjata.
Dalam video itu, ritual itu dimulakan dengan muzik dan tarian tradisional sebelum seorang lelaki berjubah putih mengetuai upacara di hadapan imej besar Padklang.
Upacara disertai dengan bacaan mantera yang menyeru agar kematian awal menimpa pegawai tentera Thailand itu.
🇹🇭 #Thailand – 🇰🇭 #Cambodia: A video circulating online on the Cambodian side of the internet shows Cambodian shamans performing a “death curse” directed at the commander of Thailand’s 2nd Army Region Boonsin Padklang
(video footage from WorkPointnews23) pic.twitter.com/Td22PDHkJI
— POPULAR FRONT (@PopularFront_) July 30, 2025
Lelaki tersebut kemudian dilihat menikam gambar itu secara simbolik menggunakan trisula, diikuti individu lain memegang objek ritual melakukan aksi serupa sambil menari sebelum menyerang imej berkenaan.
Upacara tersebut berakhir dengan seorang bomoh berjubah merah menggunakan cakera berbilah, untuk mencarik gambar berkenaan, sebelum ia dibakar sebagai kemuncak ritual.
Sementara itu, menerusi laporan Bangkok Post, Jeneral Boonsin mengeluarkan kenyataan pada Isnin bahawa beliau masih hidup susulan tular dakwaannya dibunuh.
Sumber: Bangkok Post, Sinar Harian