Baru-baru ini, SPRM mendedahkan tentang sindiket pelacuran kelas atasan membabitkan selebriti dan instafamous. Mereka ini dikatakan dibayar sehingga RM40,000 satu malam untuk meenjadi tempat pelampias nafsu golongan orang kenamaan.
Menurut Harian Metro, aktiviti gelap yang membuatkan artis hidup mewah itu dipercayai didalangi instafamous yang bertindak sebagai orang tengah.

Difahamkan, instafamous tersebut menjadi perantara golongan VIP berkenaan sebelum artis itu dibawa ke pusat hiburan dan kegiatan terbabit bukanlah perkara baru. Menurut sumber, sebelum ini aktiviti begitu berlaku membabitkan artis kurang popular tetapi kini ia didalangi instafamous yang menjadi ibu ayam kelas atasan.
“Sebagai orang tengah, dia secara mudah meraih sekurang-kurangnya RM5,000 malah mampu mencecah sekali ganda hasil komisen daripada bayaran dibuat golongan kenamaan.”

“Dengan kehadiran (artis) bernama besar dan terkenal ke majlis atau parti yang diadakan, ia tampak eksklusif dan memberi gambaran hosnya sebagai orang penting.”
Jumlah bayaran perkhidmatan yang dilaporkan mencecah antara RM20,000 hingga RM40,000 itu bukanlah untuk seorang artis atau instafmaous sahaja.
“Ini kerana kebiasaannya orang tengah ini akan membawa beberapa orang artis atau instafamous dan ia bukan seorang sahaja.”
Sumber itu juga turut memberi respon berkenaan majlis sambutan hari jadi gilang-gemilang yang tular di media sosial termasuk menggunakan kereta mewah. Katanya, jika dilihat secara teliti, terdapat ramai anggota pasukan penguat kuasa turut menghadiri majlis itu selain dihadiri beberapa artis dan instafamous.

Sambutan hari jadi itu mula tular selepas seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pengubahan wang haram, baru-baru ini.
SPRM dilaporkan telah mengambil kenyataan dan menggeledah rumah sewa didiami instafamous berkenaan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, dakwaan tentang akaunnya dibekukan adalah tidak benar.
Baca: Kaut Keuntungan Lebih RM10 Ribu Sebulan, ‘Instafamous’ Kantoi Jual Minyak Wangi Tiruan?

