Kalau korang aktif di laman media sosial Facebook, korang mesti sedar dengan kemunculan grup Facebook terbaru iaitu Riak Apa Hari Ini yang kian terkenal di kalangan netizen.
Meskipun baru saja ditubuhkan, grup FB ini dah berjaya mengumpul lebih 120,000 ahli dalam masa singkat dan kebanyakan pengguna FB yang masuk ke dalam grup ini memang berlumba-lumba untuk menunjukkan aktiviti ‘riak’ mereka di dalam kumpulan ini.
Ada yang tayang barang kemas, tunjuk wang yang berkepuk dan tak kurang juga berkongsi koleksi peribadi yang berharga buat tatapan netizen atas nama gurauan semata-mata.
“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan”
Walau bagaimanapun, posting di dalam grup tersebut baru-baru ini telah mendapat perhatian Ustazah Asma’ Harun yang merasakan ia agak keterlaluan hingga menghalalkan pelbagai kemungkaran dan dosa atas nama ingin bergurau sesama rakan media sosial.
Menurutnya, menerusi grup tersebut, ahli dilihat sangat bebas bergurau senda sesama mahram dan ada juga mendedahkan aurat untuk menunjukkan barang kemas serta kulit putih melepak dengan menggunakan kapsyen ‘riak’.
“Macam-macam cara syaitan beri idea pada kita untuk terus bergelumang dengan dosa”
Perkongsian tersebut mendapat lebih 20k likes dan 7.1k shares yang mana rata-rata netizen di posting itu bersetuju dengan kata-kata ustazah berkenaan.
Ramai beranggapan budaya riak ini sebagai budaya yang tidak patut dibanggakan apatah lagi menjadikan ia bahan gurauan.
Kalau nak bergurau tak salah, tapi harap janganlah berlebihan…