Konflik Palestin dan Israel memang tengah hangat sekarang ni. Sebabkan itu, ramai netizen termasuk selebriti memberi pandangan peribadi mereka terhadap isu ni di media sosial.
Berikutan ini, pelakon Hollywood, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock telah memuat naik satu ciapan di Instagram mengenai isu ni yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Saya patah hati, marah dan muak dengan pembunuhan kejam serta penculikan orang Yahudi menerusi tindakan kumpulan pengganas Hamas”
Disebabkan ini, pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan kemarahannya kerana kenyataan itu disifatkan membuta tuli tanpa tahu sejarah sebenar yang berlaku.
“Hey botak, berapa banyak kau cucuk testeron pun tetap b*hal*l… buta kayu.”
Dia juga memuat naik satu Instagram Story yang menyatakan keinginannya untuk ‘mengetuk’ kepala penggusti WWE tu.
Artikel berkaitan: “Dia wanita yang kuat”- Gagal 3 Kali Perkahwinan, Sharnaaz Yakin Bekas Isteri Tabah Hadapi Ujian
Artikel berkaitan: Pernah Mencuri Di 7-Eleven, The Rock Borong Coklat Untuk Tebus Kesalahan Waktu Remaja
Akan tetapi, pelakon filem Jumanji tu dah mengaku bahawa posting itu dihantar tanpa pengetahuan menyeluruh isu antara dua negara itu.
“Saya tidak berpura-pura yang saya mengetahui segala-galanya mengenai konflik di Timur Tengah itu kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam.”
Jadi, korang kalau nak post sesuatu make sure kaji dulu sebelum post. Ingat tau!
Sumber: mStar