Siapa je yang tak suka kek kan, lebih-lebih lagi ketika sambutan hari lahir atau jamuan rumah terbuka, kek memang wajib ada sebagai pencuci mulut.
Namun, restoran KANTIN di Kuching, Sarawak baru-baru ini pula telah menjadi perhatian ramai apabila mereka menjual kek lain daripada yang lain kerana kek tersebut dibuat persis seperti span basuh pinggan!
Difahamkan, restoran itu merupakan sebuah restoran yang menyajikan menu autentik Borneo dan menu kek span basuh pinggan itu merupakan menu terhad yang dijual bersempena April’s Fool.
@wankatravel 📍Kantin at The Granary, Kuching #kuching #sarawak #tiktokmalaysia #foodie
Menurut portal Mothership Sg, menu kek span ‘basuh pinggan’ itu juga telah dijual di Jewel Changi, Singapura kerana restoran tersebut turut mempunyai cawangan mereka di Kota Singa.
Artikel Berkaitan: “Tabur serbuk cili”- Kafe Di China Ini Sediakan Minuman Kopi Cili Khas Untuk Penggemar Pedas
Artikel Berkaitan: “Dah macam kenduri” – Netizen Malaysia Terkejut Tengok Pusat Mengundi Pilihan Raya Indonesia
Rupa kek tersebut memang sama persis span basuh pinggan di mana lapisan atasnya berwarna kuning manakala lapisan atasnya pula berwarna hijau.
Kek ini memang sesuai untuk korang prank kawan korang!
Walaupun mungkin nampak tidak menyelerakan bagi sesetengah orang, namun untuk pengunjung restoran tersebut yang dah mencuba menu kek span itu, rata-rata mereka mengatakan kek itu sedap.
Untuk pengetahuan semua, kek span itu sebenarnya diperbuat daripada kek mentega lemon dengan orange marmalade dan dihias dengan buih lemon pada bahagian atasnya.
Untuk hiasan pinggan pula, kek span ini dihias juga dengan sirap pandan dan limau nipis untuk menampakkannya sama seperti cecair basuh pinggan.
Jadi, kek span ini memang selamat dimakan dan rasanya juga enak meskipun bentuknya sengaja dibuat seperti span basuh pinggan.
Sumber: Mothership Sg