in

“Boleh nangis bila dengar” – [VIDEO] Ustaz Don Kongsi Tentang Depresi, Bagi Contoh Lirik Lagu Coldplay

lirik lagu fix you depresi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang begitu teruja dan tidak sabar menantikan kedatangan kumpulan muzik popular Britain, Coldplay yang bakal mengadakan konsert jelajahnya di Malaysia pada November nanti.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu sedutan video seorang pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal yang membicarakan tentang depresi dari sudut Islam.


Menerusi video itu, Ustaz Don memberi contoh bait-bait lirik lagu Fix You dari kumpulan muzik itu. Contoh tersebut diberikan apabila berkongsi pandangan mengenai punca-punca depresi yang mana salah satu punca individu tertekan kerana tidak tahu mengenai kemahuan diri.

“Kalau kawan-kawan tanya saya jawab macam ini. Antara benda yang kekurangan ialah apa yang ada dalam lagu Coldplay. Kalau boleh dengar lagu Coldplay, tajuk dia Fix You.

You get what you want, but not what you need. Dia tidak dapat memenuhi apa yang dia mahu. Sedangkan dia tidak tahu sebenarnya apa yang dia mahu.

“Apa yang anda mahu? Anda nak hidup bahagia ke? Anda nak duit banyak ke? Anda nak hati tenang ke? Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu. Jadi itu punca utama.

“Dia dapat dan dia sangka benda yang dia dapat itu tidak selari dengan apa yang dia mahu,” katanya.

Ustaz Don juga mengatakan tekanan turut berlaku apabila seseorang tidak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar. Beliau mengambil contoh kisah yang dirakamkan dalam al-Quran iaitu kisah Siti Maryam yang mengandung dan melahirkan Nabi Isa tanpa disentuh mana-mana lelaki.

“Disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu qada’ dan qadar tadi itu. Dia tidak faham dekat mana dia nak hubungkan. Maka bila jadi sesuatu, cepat sangat untuk dia dapat depresi.

“Kita doakan kepada Allah. Mudah-mudahan kita semua ini jangan termasuk dalam golongan orang macam itu. Mudah-mudahan Allah sembuhkan dia dari penyakit depresi,” jelasnya lagi.

Dalam video yang dimuat naik menerusi saluran YouTube Zayan My, beliau juga berkongsi tentang pendekatan islam mengenai depresi.

Banyak lagu yang membawa nilai positif kepada pendengar. Cuma kita sendiri yang perlu pandai mencarinya.

Baca: “Macam nak pergi konsert Man Laksa je” – Ada Orang Jual Tiket Konsert Coldplay RM60 Untuk Front Seat
ft coldplay man laksa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.