in

“Boleh kami dapat 2 pingat emas” – Atlet Lompat Tinggi Cipta Sejarah, Kongsi Pingat Emas Olimpik Lepas Seri

Fi Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, dah hampir dua minggu sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung dan sehingga kini China mendahului pungutan pingat dengan meraih sebanyak 24 pingat emas.

Banyak momen mengejutkan terjadi sepanjang temasya berprestij tersebut berlangsung, bukan saja itu malah ada perkara manis yang turut terjadi di kejohanan tersebut.


 

Seri punca kongsi pingat emas

Terbaru satu perkara menyentuh hati berlaku dalam sukan lompat tinggi, yang membabitkan dua orang atlet daripada Qatar dan Itali.

Kisahnya, atlet Qatar Mutaz Essa Barshim, dan atlet Itali Gianmarco Tamberi, berada di peringkat akhir acara lompat tinggi dan dalam misi untuk merebut pingat emas bagi negara masing-masing.

Emas 1

Setelah beberapa ketika, tinggal hanya mereka berdua saja yang tinggal bagi penentuan pingat emas. Mereka seri selepas berjaya melepasi ketinggian 2.37 meter dan masing-masing perlu mengatasi ketinggian 2.39 meter untuk menjadi juara. Namun, mereka berdua gagal dalam tiga cubaan bagi melepasi ketinggian tersebut.

Kemudian, pegawai kejohanan mendekati mereka dan menanyakan untuk melakukan jump-off bagi menentukan pemenang. Walau bagaimanapun, atlet berusia 30 tahun daripada Qatar itu bertanya sekiranya boleh ada dua pemenang. Lalu pegawai tersebut mengatakan bahawa ia tak mustahil.

Berpuas hati dengan jawapan itu, Barshim terus memandang Tamberi dan memeluk erat seakan memahami apa yang dimaksudkan.

https://twitter.com/stevemagness/status/1421854621186809857

 

Hasil kejayaan lepas cedera teruk

Sebagai makluman, kejayaan ini sangat bermakna buat Gianmarco Tamberi apabila sebenarnya ada tragedi ‘hitam’ disebalik kejayaan diperoleh.

Beberapa tahun lalu, atlet berusia 29 tahun berkenaan pernah mengalami kecederaan patah buku lali sebelum temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro Brazil. Perkara ini menyebabkan dia terpaksa melupakan hasratnya itu menurut malaymail.

Kalau dah rezeki memang tak kemana, selepas lebih 4 tahun tak disangka-sangka bahawa temasya kali ini adalah waktu untuknya. Dia siap ‘meraikan’ kemenangannya dengan pembalut kakinya yang dipakai sewaktu mengalami kecederaan ketika itu.

Terharu tengok! Bila semangat kesukanan diletakkan sebagai keutamaan, memang jadi memori terbaik untuk mereka.

 

Baca : Olimpik Tokyo: Atlet Australia Dedah Guna Kondom Baiki Kayak, Berjaya Rangkul Pingat Emas & Gangsa

Foot Emas

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.