Baru-baru ini, nama usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz menjadi sebutan ramai selepas memuat naik hantaran di media sosial mengenai rawatan laser pada bahagian alat sulit.
Topik sensitif itu membuatkan rata-rata netizen mengecamnya dan ada juga yang menegurnya dengan mengatakan bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang dilarang oleh agama.

Artikel berkaitan: Akibat Mahu Alat Sulit Lebih Besar, Lelaki Maut Beberapa Jam Lepas Pembedahan Kosmetik
Artikel berkaitan: Wanita Bangladesh P*tong Alat Sulit Teman Lelaki Angkara Cemburu Belum Ceraikan Isteri
“Jangan buka aib sendiri bercerita buat rawatan tersebut!”
Susulan tularnya hantaran itu, Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran di Facebook dilihat telah menegur Sasha dengan mengatakan perbuatan tersebut adalah sesuatu yang haram di sisi agama.
Tindakan bercerita kepada orang awam akan rawatan yang dijalankan itu juga dianggap tidak wajar kerana ia adalah aib dan aurat besar seorang wanita.

Ustazah Asma’ juga dilihat menyatakan beberapa pandangan berkenaan rawatan faraj yang dipetik daripada laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mana korang boleh baca lebih lanjut di sini.
Dalam pada itu, Sasha juga telah menyatakan responnya berkenaan teguran Ustazah Asma’ di Threads dan membuat keputusan untuk menurunkan hantaran tersebut dari laman sosialnya.
Saya faham topik ini boleh jadi isu sensitif dan kebanyakan orang mempunyai pendapat serta kepercayaan yang berbeza-beza mengenainya.
“Saya hanya berkongsi pengalaman saya sebagai seorang ibu yang bercakap secara jujur mengenai kesihatan wanita dan keyakinan diri selepas melahirkan anak.
“Namun selepas melihat penjelasan daripada Ustazah bahawa perkara tersebut adalah haram, saya sedar dan belajar sesuatu yang baharu hari ini yang perkara itu tidak patut dilakukan,” kata Sasha.

Menurutnya lagi, dia akan cuba untuk tidak terlebih berkongsi mengenai hal tersebut dan susulan apa yang berlaku, Sasha memilih untuk menurunkan hantaran itu.
