in

“Boleh jadi sah, boleh jadi tak sah” – Ustaz Jelaskan Hukum Solat Sambil Mendukung Anak

ft solat dukung anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada yang pernah ternampak mana-mana video atau foto tular memperlihatkan individu atau jemaah masjid menunaikan solat sambil mendukung bayi.

Pasti ia mendatangkan tanda tanya kepada kita semua sama ada ia sah solat atau tidak kerana dari pandangan kita ianya pasti mengganggu khusyuk seseoang itu untuk mengerjakan ibadah.


Artikel berkaitan : Lelaki Ini Jadi Perhatian Ramai, Dukung Anak Sambil Solat Berjemaah

Artikel berkaitan : Tawar RM6,000 Untuk Jadi Imam Solat Tarawih, Masjid Kuala Krai Raih Pujian Netizen

Susulan itu, satu perkongsian daripada seorang ustaz ini ada menjelaskan hukumnya yang mungkin boleh memberi manfaat buat kita terutamanya pada golongan ibu bapa.

Jelas ustaz ini, Rasulullah SAW pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab, apabila baginda sujud, baginda akan meletakkan bayi tersebut dan apabila berdiri baginda mendukungnya, jadi solat sambil mendukung anak ini sah.

Ia sah kerana jika seseorang itu dalam keadaan terdesak, seperti tiada orang lain yang akan menjaganya, jadi seeloknya dijaga dengan baik supaya mengelakkan risiko bahaya.

Namun begitu, ia juga boleh menjadi tidak sah jika ada najis pada bayi tersebut. Misalnya seperti terberak atau terkencing dalam lampin. Oleh itu amatlah penting untuk menjaga kebersihan bayi daripada sebarang hadas sebelum menunaikan solat.

@masjidbspofficial

Replying to @Encik Azizi Kalau ada keperluan darurat/terdesak, bolehlah dukung anak dalam solat. Sebelum solat pastikan pakaian anak suci daripada najis. Kalau dah sakit pinggang lepas dukung anak tu boleh urut dengan minyak cajeput oleh @Raed HQ . #raedminyakaromatherapy #sakitpinggang #sakitsendi #solatdukunganak #masjidbandarseriputra

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

Sebenarnya Mufti Wilayah Persekutuan pernah mejelaskan perkara yang sama pada tahun 2017 dan ia diperjelaskan dengan perkara yang sama di mana bayi tersebut perlu suci daripada najis.

Bagaimanapun, kalau boleh berilah anak kepada orang yang berkelapangan untuk menjaganya.

Sumber : TikTok, Mufti WP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.