in

Boleh Bawa Kekeliruan Akidah, Umat Islam Dilarang Sertai Festival Songkran – Mufti Pulau Pinang

pesta songkran dilarang umat islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Festival Songkran yang juga dikenali sebagai pesta air yang popular diraikan di Thailand bakal tiba tidak lama lagi.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, di Malaysia juga ada meraikan pesta Songkran oleh masyakarat berketurunan Siam.


Bagaimanapun, umat Islam di sini diingatkan agar tidak mengambil bahagian dalam festival terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Songkran bukan sekadar acara menyimbah air semata-mata, tetapi ia merupakan perayaan tahun baharu yang kaya dengan unsur budaya serta ritual keagamaan Buddha.

Artikel berkaitan: Gara-Gara Tembak Polis Guna Pistol Air Di Festival Songkran, Youtuber Hong Kong Ditahan

Artikel berkaitan: “Upacara mandi patung Buddha… agih air mandian untuk dapat berkat” – Netizen Tegur Orang Islam Lalai Sambut Songkran

41712851294 songkran

Antara aktiviti utama dalam festival ini termasuk memandikan patung Buddha, memberi penghormatan kepada sami serta menyimbah air sebagai simbol penyucian diri.

Tegasnya, semua ini jelas menunjukkan unsur keagamaan yang bertentangan dengan Islam. Beliau turut mengingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud).

Jelasnya, sebarang bentuk penyerupaan dalam perayaan agama lain, walaupun dengan alasan budaya atau hiburan, adalah tidak dibenarkan kerana ia boleh membawa kepada kekeliruan akidah serta mencemarkan identiti Islam.

“Festival ini juga sering disertai dengan unsur hiburan melampau, percampuran bebas lelaki dan perempuan, serta pakaian yang tidak menutup aurat dan semua ini jelas bertentangan dengan syariat Islam.”

Justeru, beliau mengingatkan agar umat Islam tidak terlibat atau menyertai sebarang bentuk penganjuran, promosi atau hadir ke acara Songkran.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.