in

Boleh Bahayakan Keselamatan, Rapid KL Ingatkan Penumpang Agar Tidak Duduk Di Atas Panel Kawalan Dalam Tren

Rapid KL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Rapid KL mengingatkan para penumpang LRT dan MRT untuk tidak duduk di atas panel kawalan di dalam tren kerana tindakan itu boleh membahayakan nyawa penumpang yang menaiki tren.

Cuba bayangkan jika tren brek secara mengejut dan ada penumpang duduk di atas panel kawalan itu, sudah semestinya penumpang tersebut akan jatuh dan ini boleh menyebabkan kecederaan.


Rapid KL membuat peringatan tersebut menerusi platform media sosial Facebook, X dan Instagram mereka untuk mengingatkan orang ramai agar tidak berbuat demikian ketika menaiki tren.

WhatsApp Image 2025 01 25 at 12.46.07 PM

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penumpang LRT Dikecam Tiada Sivik, Letak Paper Bag Atas Seat Tren Masa Orang Ramai

Artikel berkaitan: Buat Penumpang Tidak Selesa, Individu Selamba Buka Kasut & Makan Dalam Tren

Rapid KL turut mengingatkan penumpang tren bahawa panel kawalan itu bukan tempat duduk.

4 2
Gambar Sekadar Hiasan

Dalam perkongsian Rapid KL itu juga, dapat dilihat foto seorang individu dewasa sedang duduk di atas panel kawalan itu dan dia bukan sekadar duduk, malah individu tersebut juga meletakkan kedua-dua belah kakinya di atas panel kawalan berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat mengecam tindakan lelaki tersebut.

Lazimnya, ada sesetengah individu yang gemar duduk di atas panel kawalan tren itu kerana mahu melihat pemandangan ketika menaiki LRT atau MRT namun tindakan ini boleh membahayakan keselamatan.

Sumber: Facebook Rapid KL 

Sumber: Lowyat.net

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.