in

“Bodoh, tu dia lah”- Netizen ‘Bahan’ Tajuk Lagu Baru Shila Amzah

Shlilala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

BODOH? Siapa yang bodoh ni? Oh… Rupanya tajuk lagu baru Shila Amzah. Wah Shila Amzah dah keluarkan lagu baru dekat Youtube. Patut la ramai peminat-peminat kecoh dekat Twitter, tak kurang juga dengan haters ye…



Lagu baru tak sedap

MaxresdefaultSumber: Youtube

Hmm, apa cerita ni sebenarnya? Baru beberapa jam lepas Shila Amzah telah memuat naik lirik lagu barunya di Youtube berjudul ‘Bodoh’. Bermula la sesi kritikan dari netizen yang mengatakan lagu baru ni tak sedap sebab dia la singer, dia la composer, lyricist, music arranger dan dia juga la producer.

Capture 20181124 120334
Sumber: Twitter

Bodoh bercinta

Kata salah seorang fans Shila Amzah ni bukannya bodoh tapi cuma dia bodoh dalam bercinta je. Teringat pula admin dengan kisah cinta Shila Amzah masa zaman bujang dia dulu. Tapi biasa la, semua orang ada kisah silam dalam bercinta dan ada ramai je yang bodoh disebabkan cinta. Betul tak? 

Capture 20181124 121651
Sumber: Twitter

Tajuk ‘Bodoh’ macam kasar 

Tapi ramai juga yang terkejut dan tak suka dengan tajuk lagu baru Shila Amzah ni, katanya tak berapa elok dan kasar.

Capture 20181124 122030
Sumber: Youtube

Capture 20181124 114615
Sumber: Twitter

Capture 20181124 114715
Sumber: Twitter

Sampai ada yang tak dengar lagi pun dah tekan dislike. Apakah ini? Betul-betul tak suka ye.

Korang yang belum dengar lagi lagu baru Shila Amzah, boleh dengar dan bagi komen. Tak kisah la positif atau negatif yang penting kita kena sentiasa menyokong industri muzik tanah air. Jangan la asyik menghentam je ye. Hehe…

Baca: Tuduh Datuk Siti ‘No Brainer’, Shila Amzah Kena Hentam Dengan Peminat
Shilavsiti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.