Terlalu kecewa dengan perangai suaminya yang tak pernah berubah, seorang wanita mengambil tindakan drastik dengan menghabiskan nyawa dia dan anak mereka. Menurut kisah dikongsikan di forum, wanita Thailand bernama Neung berusia 26 tahun sudah tidak tahan dengan perangai kaki perempuan suaminya itu.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila suatu hari lelaki itu membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah untuk perempuan simpanannya. Rumah itu pula terletak bersebelahan dengan rumah yang didiami bersama Neung dan anak mereka yang berusia 2 tahun.

Terlalu kecewa dengan suaminya, Neung tekad untuk membunuh dirinya dan anak lelaki mereka. Dia telah dijumpai mati di rumah perempuan simpanan suaminya itu dalam keadaan tergantung bersama anaknya.
Menurut ibu Neung, pasangan itu dan anak kecil mereka tinggal betul-betul di sebelah rumah yang sedang dibina untuk skandal menantunya itu.
Dia kecewa dan tertekan lalu membawa anaknya keluar dan tidak pulang selama tiga hari.”

Dia tidak pergi mencari anaknya sebab menyangka wanita itu pergi menenangkan diri di rumah salah seorang kawan kerana tahu Neung tertekan dengan sikap suaminya.
Menantu saya memang kaki perempuan. Dia ada ramai isteri dan selalu keluar rumah.”
Segalanya terbongkar lepas bekas pemilik rumah itu datang untuk ambil barangnya yang tertinggal. Mayat dua beranak itu dipercayai telah mati tiga hari sebelum dijumpai dan sudah mula membusuk.

Difahamkan, Neung telah menggantung anak lelakinya itu menggunakan tali nilon sebelum menggantung dirinya. Selepas mendapat tahu tentang kematian isteri dan anaknya, lelaki itu terus pulang dan sedih melihat mereka sudah tidak bernyawa lagi.
Ibu Neung juga berkata dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap menantunya itu berhubung kejadian tersebut.
Apa punya laki engko ni? Ishhh tak cukup dengan seorang, dah la ada anak pulak tu!!!!