Sekarang ni tak kira sesiapa je kena hati-hati kalau nak pergi ke tandas especially kat tandas awam, stesen pam minyak, gerai dan shopping mall. Sebab macam-macam benda boleh jadi contohnya orang letak spycam dalam tandas dan try untuk record orang tengah buang air. Weh, kalau macam ni tak senang duduk lah sape2 yang masuk tandas tu.
Melalui posting @sueannajoe_ di laman Twitter, dia berkongsi macam mana nak detect spycam dekat dalam tandas especially untuk kaum perempuan.
Selepas melihat posting yang viral di group Telegram yang memaparkan gambar orang perempuan sedang duduk di atas mangkuk tandas, dia berhasrat untuk mengetahui macam mana hidden camera ni diletak, katanya menerusi postingnya di twitter.
https://twitter.com/sueannajoe_/status/1236685107852763137
Pertama, ialah plastic hook di pintu. Menurutnya, kejadian ini berlaku di Singapura
Manakala, yang ini pula berlaku di Britian.
Dia juga turut berkongsi bermaca-macam bagaimana cara spycam disembunyikan yang mungkin ramai tak tahu. Ada yang letak spycam dekat dalam skru, plug dan ada yang boleh sampai letak kat air freshener. Bahayanyaa!!.
Kebanyakan yang komen dekat postingnya ialah kaum wanita dan mereka berasa bengang sebab ada juga individu yang buat kerja macam ni.
Ehh, bahayanya. So, lepas ni kena lebih hati-hati especially untuk kaum wanita.