‘Bobby Bubbles’ seorang badut yang sepatutnya menjadi penghibur kepada kanak-kanak dan menceriakan hari-hari mereka kini dilabel sebagai berbahaya oleh hakim di Mahkamah Sheffield Crown.
Bukan itu sahaja, ‘Bobby Bubbles’ atau nama sebenarnya Robert Jamieson, 49 tahun turut dihukum penjara selama 14 tahun selepas didapati bersalah merogol seorang gadis selain sabitan 10 kesalahan seks berasingan, lapor Daily Star.
Lebih kejam lagi, Jamieson turut dilaporkan melakukan penderaan seksual terhadap gadis yang ketika itu berusia di bawah 13 tahun.
‘Bobby Bubbles’ yang sememangnya terkenal dalam pertunjukan kanak-kanak di seluruh Hull dan East Yorkshire, England itu bagaimanapun menafikan pertuduhan tersebut.
Namun mahkamah mendapati dia bersalah diatas pertuduhannya.
Kegiatan kotor Jamieson terbongkar selepas mangsa yang kini merupakan seorang ibu kepada gadis muda melaporkan kepada pihak berkuasa.
Tapi ikutkan cerita, wanita itu sebelum ini enggan bekerjasama dengan polis sebab katanya masih mempunyai perasaan cinta terhadap badut tersebut, namun akhirnya dia dedahkan juga kegiatan Jamieson.
Siasatan awal mendapati modus operandi lelaki itu, mula-mula dia berkawan dengan remaja tersebut sebelum ‘grooming’ dan melakukan penderaan seksual ke atas mangsa.
Selepas ditangkap dan disoal siasat polis, Jamieson mengatakan yang dakwaan itu sebagai ‘pembohongan’.
Aik, kalau ada bukti takkan la polis nak bohong pulak?
Baca: Tengah usaha cari duit Fresh Grad Ni Cari Income Sebagai Badut Sementara Tunggu Kerja Tetap, Salute!