“Tengah usaha cari duit” – Fresh Grad Ni Cari Income Sebagai Badut Sementara Tunggu Kerja Tetap, Salute!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nak cari kerja terutama bagi fresh graduates memang satu perkara mencabar.

Waktu inilah kita diuji dengan pelbagai macam dugaan, terutama bila kita sedar realiti dunia pekerjaan ni tak sama seperti yang kita gambarkan sewaktu kita masih sedang terkial-kial nak menghabiskan final semester di kolej atau universiti.

Ditambah pulak keadaan ekonomi sekarang, yang memaksa kita untuk tidak memilih pekejaan.

Selagi boleh dibuat, buat je lah – walaupun tidak setimpal dengan kelayakan pendidikan kita sebenarnya.

Macam kisah seorang pemuda berani sorang ni, yang tidak segan silu menjadi badut untuk menghiburkan kanak-kanak di majlis keraian — demi mencari rezeki buat dirinya dan keluarga.

Dalam satu perkongsian di laman Twitternya, @MurahRezekiMil atau nama sebenarnya Azmil pada mulanya hanya meminta bantuan rakan-rakan media sosial lain untuk mempromosikan khidmatnya sebagai badut untuk sebarang event.

Tengah usaha nak cari duit katanya, sementara menunggu panggilan kerja tetap.

 

Bukan selalu anak muda sanggup buat kerja macam ni, ingat senang ke nak hiburkan orang — kena cat muka, tiup belon dan layan kerenah kanak-kanak?

Tapi demi nak juga ‘memampukan’ diri untuk beri sedikit sebanyak duit belanja kepada mak ayah, graduan Bachelor of Industrial Management ni sanggup hadapi semua cabaran tersebut.

Dan tak disangka-sangka, kisah Azmil ni mendapat respond positif daripada pengguna media sosial lain yang turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Hinggakan perkongsiannya itu dah mendapat hampir 4k retweet!

Tidak dinafikan, memang inilah realiti kehidupan anak muda sekarang yang tidak boleh nak memilih sangat pekerjaan — kalau terlalu memilih, akan menganggur la jawabnya.

Sekarang ni pun ramai je yang drive uber, jual nasi lemak dan buat pelbagai business bakery online untuk cari pendapatan.

Sikap Azmil yang sanggup membuang sifat malunya untuk bermula dari bawah dalam apa sahaja bidang ini wajar dijadikan inspirasi kepada semua anak muda lain, yang baru menamatkan pengajian.

Kami mendoakan, semoga business anak muda ni akan terus sukses pada masa akan datang. Tabik!

 

Baca: “Masih ramai orang yang baik-baik” – Duit Poket Tinggal RM20, Gadis Tak Sangka Ini Yang Kawan-Kawannya Sanggup Buat

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.