in

Bobbi Parker: Kisah Isteri Warden Penjara Lari Dengan Banduan, Kena Culik Atau Bersubahat?

feat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 1994, isteri kepada seorang warden penjara di Oklahoma bernama Bobbi Parker telah diculik oleh seorang pembunuh kejam ketika lelaki itu melarikan diri dari penjara.

Bobbi kemudiannya telah dikurung oleh pembunuh tersebut selama 11 tahun. Randolph Dial merupakan seorang yang licik dan telah menggunakan pelbagai ugutan kejam, dadah dan penipuan bagi memaksa Bobbi untuk terus bersamanya dan berlakon menjadi isterinya di sebuah ladang ayam di Texas.


MH3FOPOJTJHCHE3E26I6JBHT7Y

Akhirnya pada April 2005, pihak polis berjaya mengesan Dial dan membuat serbuan ke atas ladang tersebut dan menahan lelaki ini serta memulangkan semua Bobbi kepada suaminya. Namun begitu, tiga tahun kemudian, Bobbi telah dijatuhkan hukuman kerana membantu Dial melarikan diri supaya mereka boleh hidup bersama.

Namun begitu, sehingga hari ini, ada yang mengatakan Bobbi telah diculik dan ditahan sebagai orang tebusan tapi ada juga yang kata Bobbi bersubahat. Mana satu yang betul?

Pertemuan di antara Bobbi Parker dan Randolph Dial

bobbi parker

Bobbi Parker tinggal bersebelahan dengan Penjara Oklahoma bersama suaminya iaitu warden penjara Randy Parker. Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan berusia lapan dan 10 tahun.

Antara banduan di dalam Penjara Oklahoma adalah Randolph Dial, seorang artis dan pengukir yang telah menerima hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh.

Ketika di penjara, Dial telah menerima layanan istimewa di mana dia boleh tinggal di perumahan di luar penjara selepas berjaya meyakinkan pegawai di sana untuk membenarkan dia memulakan program seni bagi mendapatkan wang untuk pemulihan banduan.

Tak lama kemudian, tempat letak kereta di rumah Parker telah diubah suai menjadi studio membuat tembikar seramik sebagai salah satu program seninya. Kerana Dial sering berada di studio tersebut, Bobbi mula menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan dan mereka sering meluangkan masa berdua di dalam studio.

Kehilangan Bobbi Parker & penemuannya 11 tahun kemudian

Pada pagi 30 Ogos 1994, Randy telah pergi bekerja seperti biasa dan melihat Dial sedang bekerja di dalam studio. Tapi bila dia pulang ke rumahnya tengahari itu, isterinya tak ada di rumah dan telah meninggalkan nota mengatakan yang dia keluar untuk membeli barang.

Randy mula bimbang apabila isterinya masih tak pulang ke rumah bila hari hampir malam dan pada masa yang sama dia sedar yang dia tak nampak Dial sejak pagi tadi. Randy telah meminta seorang pegawai untuk menghubungi telefon bimbit Dial namun tak berjaya.

Malam itu, Bobbi telah menelefon ibunya dan memberi pesanan kepada anak-anaknya bahawa dia akan berjumpa lagi dengan mereka tak lama lagi. Bobbi menelefon sebanyak dua kali lagi beberapa hari kemudian tapi tak pernah bercakap dengan suaminya.

Pihak polis kemudiannya menemui van mini kepunyaan Bobbi di Wichita Falls, Texas yang kosong dan hanya terdapat kotak rokok sama jenama dengan yang selalu dihisap oleh Dial. Kelibat Bobbi dan Dial tak lagi kelihatan sehingga lebih 10 tahun selepas ini.

randolph dial in court following his capture in 2005

Pada 4 April 2005, pihak polis telah mendapat satu tip dari seorang pemanggil yang melihat kisah Dial di rancangan America’s Most Wanted. Pemanggil tersebut mengatakan yang dia kenal seseorang dengan wajah seperti dalam rancangan itu.

Apabila pihak polis menyerbu rumah yang terletak di ladang ayam terpencil di sempadan Louisiana, mereka menemui Bobbi dan Dial di sana menyamar menjadi Richard and Samantha Deahl. Dial kemudiannya ditahan secara aman walaupun terdapat pistol penuh peluru di atas meja dan senapang patah di belakang pintu.

Dial memberitahu media yang menunggu di luar penjara bahawa dia telah menculik Bobbi dengan mengugut menggunakan pisau dan brainwash wanita ini supaya tinggal bersamanya dan mengaku telah mengugut untuk mencederakan keluarganya sekiranya wanita itu tak mahu mendengar kata-katanya.

Apa sebenarnya berlaku di antara Bobbi Parker dan Randolph Dial

Ketika Bobbi dipulangkan ke pangkuan suaminya, mereka memberitahu media bahawa mereka memerlukan privacy. Namun Bobbi sukar untuk bercakap tentang kehidupannya bersama Dial manakala Randy pula enggan tanya terlalu banyak soalan.

bobbi parker and her husband 768x513 1

Bagaimanapun, Randy perasan yang kelakuan isterinya itu dah tak sama malah hendak pergi ke tandas atau ambil air dalam peti sejuk pun dia akan minta izin dulu.

Sementara itu, siasatan yang dijalankan oleh pihak polis di rumah ladang ayam tersebut menemui kondom dan banyak kad Hari Kekasih yang telah diberikan oleh Bobbi dan Dial kepada satu sama lain.

Manakala, penduduk di sana pula mengatakan Bobbi selalu kelihatan tak gembira dan sentiasa gemuruh. Manakala orang yang lalu lalang di rumah mereka pula mengatakan mereka melihat Dial sedang membuat projek seninya manakala Bobbi terpaksa bekerja dalam panas terik di ladang ayam.

Pihak berkuasa turut mengetahui bahawa setiap beberapa minggu, Bobbi akan pergi ke kedai runcit di Center, Texas di mana dia akan keluarkan duit gajinya dan beli barang-barang keperluan. Apa yang menghairankan, Bobbi berpeluang untuk melarikan diri atau pergi ke pejabat polis yang berdekatan dengan kedai tersebut tapi tak ada.

Pada 2004 pula, Dial telah mengalami serangan jantung dan telah dibawa ke hospital, ini juga merupakan peluang emas untuk Bobbi melarikan diri tapi wanita ini telah menulis surat kepada Dial mengatakan yang dia akan setia bersamanya.

Dihukum kerana membantu Randolph Dial melarikan diri

ghnewsok OK 3620914 34f70aa2.jpeg

Pada April 2008, hampir tiga tahun selepas dia diselamatkan dari ladang ayam, Bobbi telah ditahan dan didakwa atas tuduhan membantu Dial lari dari penjara. Ketika ini, Dial telah pun meninggal dunia dan sehingga ke akhir hayatnya lelaki ini mengatakan bahawa dia telah menculik Bobbi.

Ketika perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun ini, pihak pendakwa raya telah menuduh Bobbi cintakan Dial dan membantu lelaki itu untuk melarikan diri manakala peguam Bobbi pula menegaskan bahawa wanita ini telah diberikan dadah, diculik dan dirogol berkali-kali oleh Dial.

Pada hari kejadian, seorang bekar banduan telah memberitahu bahawa dia melihat Bobbi memandu van mininya bersama Dial dan sempat terkejut apabila melihat banduan tersebut.

Namun begitu, laporan psikologi dari Penjara Oklahoma mengesahkan bahawa Dial seorang yang licik dan sering memanipulasi lebih-lebih lagi dengan wanita dan dengan kebebasan yang diperolehi oleh Dial di penjara tersebut, tak mustahil untuk lelaki ini melarikan diri tanpa bantuan Bobbi.

Akhirnya Bobbi telah menerima hukuman penjara selama setahun kerana membantu melarikan Dia dari penjara sebelum dibebaskan enam bulan kemudian pada 6 April 2012.

Apa pendapat korang, rasanya dia memang kena culik atau dorang bercinta?

Sumber: ati

 

Baca: “Orang panggil saya isteri banduan” – Wan Azizah Kongsi Kisah Hidup Pernah Diejek Segelintir Masyarakat

ft wan azizah kongsi dikeji isteri banduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.