Penghujung tahun cukup sinonim dengan sambutan Hari Krismas. Untuk yang menyambutnya, pemberian hadiah adalah perkara yang sangat ditunggu sebelum melangkah ke tahun baru.
Meraikan Christmas Spirit, pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Terminator, Arnold Schwarzenegger telah memberikan 25 rumah sebagai hadiah Krismas kepada gelandangan veteran tentera Amerika Syarikat.
Bekas gabenor California itu turut memuat naik beberapa gambar di akaun Twitter miliknya. Korang boleh tengok @Schwarzenegger untuk melihat kegembiraan mereka menyambut Hari Krismas.
Memetik laporan The News International, pelakon berusia 74 tahun itu telah menderma sebanyak $250,000 USD kepada golongan gelandangan di Los Angeles sebagai hadiah awal sambutan Hari Krismas.