in

Bintang Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh Tampil Jadi Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

1mich

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kawasan Lembah Klang dilanda banjir kilat minggu lepas, ramai antara kita menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di sana.

Turut sama turun padang adalah bintang terkenal Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh. Memetik laporan Harian Metro, bintang kelahiran Ipoh, Perak itu tiba di kawasan Taman Sri Muda dengan menaiki helikopter bersama tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan.


Screenshot 2021 12 26 at 11.04.19 AM

Kehadiran pelakon Crazy Rich Asians dan Tan Sri Vincent Tan di sambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Mereka melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan Taman Sri Muda bersama Batalion 502 Askar Wataniah dibawah 4 Division Infantri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysian Foundation.

Video bintang filem Shang-Chi and The Legends of Ten Rings itu boleh ditonton di bawah.

https://www.facebook.com/watch/?v=1387394554996898

Diingatkan juga kepada para sukarelawan yang ingin menabur bakti kepada mangsa banjir untuk sentiasa kekal selamat dan patuhi SOP bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

 

 

Baca: “Macam-macam cara boleh tolong” – Hantar Bantuan Mangsa Banjir Naik Moto, Rider Makanan Dapat Pujian Netizen1rider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.