Anak merupakan anugerah tuhan yang terindah dan perlu dibentuk dengan cara yang baik dan bertauladan agar tidak memberi impak negatif terhadap masa depan anak tersebut.
Namun, ada antara kita yang masih mengendahkan perkara ini dan terus melakukan perlakuan yang agresif terhadap anak kecil yang tidak berdosa.
Perlakuan yang sangat tidak berhati perut!
Seperti baru-baru ini, tular video yang memaparkan situasi dimana seorang wanita yang berumur lebih kurang 40-an telah bertindak memukul dan memaksa anak untuk makan dengan menggunakan batang penyapu.
Video tersebut telah dikongsi oleh seorang influencer yang dikenali sebagai Aqil di laman Instagram rasminya yang kini mendapat hampir 100 ribu tontonan dalam masa dua jam dan mendapat reaksi ramai netizen.
Habis luka penuh di kaki!
Dia juga telah berkongsi bahawa rupanya budak itu bukan sahaja di didera sekali, rupa-rupanya sudah banyak kali perbuatan dera itu telah dilakukan oleh wanita tersebut. Gambar tersebut telah tular menunjukkan kesan luka yang banyak di kaki budak tersebut atau dikenali sebagai Alia.
Ini rupanya kisah sebenar…
Tindakan laporan polis telah dibuat dan pihak polis telah mengeluarkan kenyataan mengenai kes tersebut.
Pada awalnya, mangsa merupakan anak angkat kepada sepasang suami isteri yang telah menjaganya disebabkan ibu kandungnya tidak dapat menjaga budak tersebut.
“Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa mangsa untuk telan nasi sehingga termuntah serta kanak-kanak ini dikatakan hyper-aktif.”
Mangsa juga merupakan kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, merupakan anak kepada Warganegara Indonesia, dimana kelahiran mangsa tidak pernah didaftarkan dan tiada apa-apa dokumen pengenalan diri.
Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak bulan April 2022 dan dikatakan kes penderaan tersebut banyak berlaku antara tempoh tersebut sehinggalah hari ini.
Influencer tersebut telah menyeru untuk semua bersama-sama menyebarkan kes ini dengan slogan #JusticeForAlia dan memberi pendedahan dan keadilan kepada masyarakat mengenai kes ini.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001 kerana perbuatan mendera.
Baca: Cedera Bergelut Dengan Lelaki Cuba Culik Anak, Bekas Suami Lufya Nafi Dia Lelaki Itu