Korang pernah ada pengalaman intern tak? Amacam, ok ke tempat intern korang tu?
Viral di Twitter, seorang netizen memuat naik tweet dan gambar perbualan di Whatsapp adik saudaranya yang dimaki oleh owner sebuah kedai makan di Melaka.
Tarik diri dari tempat praktikal
Menurut tweet, pelajar tu dah pun meminta maaf kerana terpaksa menarik diri untuk intern di tempat tersebut kerana mempunyai masalah dan takut menyusahkan pihak syarikat. Hai malah dimakinya budak tu. Aduh… Mana adabnya ni?
Menyusahkan syarikat
Mungkin penarikan diri budak yang nak intern tu melecehkan dan menyusahkan syarikat nak kena cari pengganti pelajar intern yang lain tapi jangan la sampai dimaki. Ye dok? Boleh je cakap elok-elok dan dari segi bahasa budak tu pun admin tengok elok dan sopan je. Budak tu pun ada kata dia akan emailkan surat penarikan diri dia.
Selepas tweet tersebut dimuat naik, netizen yang pernah intern dekat sana pun ada share pengalaman mereka. Hmm…
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Kalau tahan kena maki, boleh apply intern disini
Katanya ada yang intern dah habis 4 bulan tapi tak bagi elaun. Betul ke ni? Kalau la betul, sepatutnya boleh je buat report dekat tenaga buruh. Biar pihak berkuasa je yang ambil tindakan. Yang pernah intern dekat sini pun kata dia banyak kena maki, tapi kalau boleh tahan, boleh la apply.
Sumber: Twitter
Banyak juga yang kena maki rupanya. Korang yang nak pilih tempat intern tu pilih la tempat yang betul-betul elok, tapi kalau dekat tempat kerja boss marah memang sebab kau buat silap, kena la tahan dan perbaiki ye!
Owner syarikat tu turut meluahkan apa yang dia rasa. Baginya tak adil kalau orang lain dengar cerita sebelah pihak je.
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
So apa-apa pun, admin nasihatkan kat adik-adik yang nak cari tempat intern tu, cari la elok-elok. Masa nak apply tu, kena ikut procedure macam kita nak minta kerja dan majikan pun kena beradab juga. Masing-masing kena menjaga adab so takda la timbul isu macam ni. Semoga semua ambil pengajaran ye!
Baca: “Aku kena tampar, kena tolak kepala, kena maki….” – Lelaki Pukul Kekasih Untuk Sorok Kecurangan