in

Bimbang Ex-Husband Kena ‘Love Scam’, Ellie Suriaty Cabar Dr Azra Munculkan Diri

Ft Ellie Suriaty Cabar Dr Azra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menzahirkan rasa curiga terhadap kewujudan Dr Azra, kekasih baru bekas suaminya Azri Iskandar yang digembar gemburkan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Ellie, 54 meminta wanita tersebut untuk munculkan diri kerana sehingga kini tiada kesahihan identiti wanita tersebut dan tidak menjumpai sebarang maklumat terperinci di Internet, lapor mStar Online.


 

Tidak halang kahwin baru, tetapi risau kena ‘love scam’

Walaubagaimanapun, Ellie menyatakan bahawa dia tidak menghalang bekas suaminya itu berkahwin lagi tetapi bimbang jika ianya hanyalah sekadar permainan.

Screenshot 2022 06 17 122309

“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.”

“Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya?”

Ellie ragu-ragu bahawa wanita itu adalah scammer atau peminat.

Dr Azra

“Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia, Kalau betul bercinta, jangan menyorok.”

Disamping itu, Ellie juga bersimpati dengan nasib yang menimpa Azri dan berharap agar mana-mana wanita yang mahu berkahwin dengan bekas suaminya itu bersikap jujur.

“Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya, Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.”

Kata Ellie lagi, dia tidak boleh benci Azri kerana sudah lama mereka bersama.

Baca : “Allah yang tentukan sayang” – Kekasih Bagi Ucapan Birthday, Azri Iskandar Bercinta Dengan Komposer

Ft Azri Iskandar Bakal Berkahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.