in

Billy Milligan: Kisah Lelaki Berjaya Terlepas Dari Dipenjara Gara-Gara Ada 24 Personaliti

collage 4

Kalau korang pernah tengok cerita “Split”, korang mesti tahu yang filem ni mengisahkan tentang Kevin yang mempunyai dissociative identity disorder (DID) yang membuatkan dia mempunyai banyak personaliti telah menculik tiga remaja perempuan.

Untuk pengetahuan korang, filem Split ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar iaitu Billy Milligan yang merupakan orang pertama berjaya menggunakan penyakit mentalnya ini untuk mempertahankan dirinya di mahkamah sehingga dia disabitkan tidak bersalah atas kesalahan merogol tiga pelajar perempuan.

Jom baca cerita lanjut mengenai Billy Milligan ni dan macam mana dia boleh ada sampai 24 personaliti yang berlainan.

Kehidupan awal Billy Milligan

billy milligan family 823122421

Dilahirkan pada 14 Februari 1955 sebagai William Stanley Morrison, Billy telah mengalami trauma yang teruk di usia yang sangat muda. Ibu bapanya telah berpisah semasa dia masih kecil dan bapanya bunuh diri ketika dia berusia empat tahun sebelum ibunya berkahwin dengan seorang lelaki bernama Chalmer Milligan.

Milligan kemudiannya mendakwa bahawa bapa tirinya telah menderanya dengan teruk. Chalmer dikatakan telah melakukan seks diluar tabii dengan Billy dan mengugut untuk tanam dia hidup-hidup atau gantung dia jika dia berani beritahu sesiapa.

Namun begitu, Chalmer telah menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan dia tak ada masa untuk buat semua kerja gila tersebut. Manakala ibu Billy memberitahu mahkamah bahawa Chalmer telah mendera kedua-dua anaknya.

Beberapa doktor mengatakan, penderaan yang diterimanya ini telah menjadi punca utama Billy mula mencipta beberapa personaliti. Menurut beberapa pakar sakit jiwa, Billy telah mencipta personaliti-personaliti ini sebagai cara untuk mengatasi penderaan yang diterimanya.

Pada ketika itu, Billy telah pun mencipta sebanyak sembilan personaliti yang terdiri daripada lelaki dan perempuan berusia dari tiga ke 23 tahun, namun antara personalitinya ini ada yang mempunyai sifat yang ganas…

Billy Milligan jadi perogol bersiri

77e19dba c0b6 4f0b a1f2 68c5434a54a2 monstersinside the24facesofbillymilligan episode1 00 10 38 15.png

Pada 14 Oktober 1977, Billy Milligan telah mendekati seorang pelajar perempuan di tempat letak kenderaan kampus Ohio State University. Lelaki ini telah mengacukan pistol pada remaja ini dan membawanya ke tempat terpencil di dalam hutan sebelum merogol dan memaksa mangsanya untuk keluarkan duit untuknya.

Lapan hari kemudian, Billy telah merogol mangsa keduanya dan kemudiannya mangsa ketiga. Pada 27 Oktober, sehari selepas serangan ketiganya, salah seorang mangsa Billy berjaya mengenal pasti lelaki ini melalui koleksi gambar mug shots.

Ini bukanlah kali pertama Billy ditahan, pada 1975, dia pernah ditahan atas tuduhan merogol dan membuat rompakan bersenjata. Ekoran ini, cap jarinya ada di dalam sistem polis dan ianya sama dengan apa yang ditemui di kereta mangsa pertamanya.

Ketika siasatan, pihak polis mula perasan ada sesuatu yang tak kena tentang Billy. Menurut salah seorang dari penyiasat kes ini, Elliot Boxerbaum, dia tak tahu apa yang berlaku tapi dia rasa seperti bercakap dengan orang lain-lain.

Mangsa-mangsa Billy juga turut menerangkan bagaimana lelaki ini seperti mempunyai beberapa personaliti. Dia telah memanggil dirinya Phil, dan mengatakan bahawa dia seorang Yahudi dan kadang-kadang gaya percakapannya mempunyai loghat asing.

Tak lama selepas itu, penilaian mental mendedahkan punca perangai pelik Billy Milligan ini…

Pakar psikiatri sahkan Billy Milligan mempunyai DID

216a1891 d73c 4ae6 96f5 2fd8e3a5e521 MILLIGAN 1978 2.JPG

Pakar psikiatri mula-mula mendapat petunjuk tentang DID ketika membuat pemeriksaan psikiatri. Seorang pakar telah bercakap dengan Billy ketika dia ditahan dan memanggilnya dengan panggilan “Billy”, tapi lelaki ini menjawab, “Billy tengah tidur, saya David.”

Ekoran ini, pakar psikiatri George T. Harding dan psikoanalisis Cornelia Wilbur telah dipanggil untuk bercakap dengan Billy. Mereka mengesahkan yang jiwa lelaki ini telah dibahagi kepada sekurang-kurangnya 10 personaliti yang berbeza, lapan lelaki dan dua perempuan. Dari Christene, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun sehinggalah Arthur, lelaki British berusia 22 tahun yang tugas utamanya menyelesaikan masalah personaliti-personaliti lain.

Namun begitu, dua personaliti yang paling penting dalam kes Billy ini adalah Ragen, seorang lelaki berusia 23 tahun yang bercakap dalam loghat Slavic dan tak mempunyai sifat empati dan Adalana, perempuan berusia 19 tahun dan merupakan seorang lesbian. 

Menurut George dan Cornelia, Ragen telah merompak mangsa-mangsa tersebut manakala Adalana telah merogol mereka.

Manakala Billy yang merupakan personaliti utama adalah seorang yang sangat tertekan sehingga mahu membunuh diri dan mempunyai perasaan bersalah yang kuat. Namun begitu, Billy telah tidur selama tujuh tahun. Ketika Cornelia bertemu Billy buat pertama kali, Billy berkata:

Setiap kali saya datang saya mesti tengah lakukan sesuatu yang salah. Saya harap saya mati.”

Billy dan personalitinya yang lain dikatakan tak ingat langsung dengan apa yang dilakukan oleh Ragen dan Adalana.

Namun begitu, tak semua orang percaya dengan DID yang dihadapi oleh Billy ini. Beberapa pakar psikiatri mengatakan bahawa DID ini hanyalah satu penipuan.

Personaliti berbilang ini hanyalah kiasan. Ia merupakan satu penipuan. Kita semua boleh berlakon tapi hakikatnya kita tetap orang yang sama.”

Akhirnya, hakim memutuskan bahawa Billy tidak bersalah atas sebab sakit mental dan menghantar Billi ke Pusat Kesihatan Mental di Athens. Di sana, Billy telah dirawat oleh seorang pakar, David Caul mahu gabungkan personaliti-personalitinya menjadi satu.

Pakar temui 14 lagi personaliti

Billy Milligan AP 765715032319

Ketika percubaannya untuk gabungkan personaliti Billy, David mengetahui yang terdapat satu personaliti yang dipanggil The Teacher, Billy telah pun gabungkan personalitinya dengan The Teacher dan apabila Davil memanggil The Teacher keluar, dia telah memainkan rakaman suara Ragen dan ketika inilah kali pertama Billy mendengar bukti yang dia ada personaliti lain.

Ekoran personaliti The Teacher ini, pihak hospital telah membenarkan Billy untuk keluar tanpa dipantau. Namun begitu, perkara ini telah diketahui oleh orang ramai menyebabkan personaliti The Teacher menghilangkan diri kerana tertekan.

Tak cukup dengan itu, perhatian yang diterima oleh Billy ini juga telah menyebabkan dia mencipta sebanyak 14 lagi personaliti dan membuatkan tingkah lakunya menjadi terlalu berbahaya untuk pihak hospital. Atas arahan hakim, Billy telah dihantar ke Hospital Penjenayah Sakit Jiwa di Lima, Peru pada tahun 1980.

Sepanjang tahun 1980-an, Billy telah tinggal di hospital tersebut namun sempat melarikan diri pada 1986 (dan mungkin membunuh rakan sebiliknya). Selepas beberapa bulan bersembunyi dan sempat meninggalkan beberapa rakaman video kepada media menceritakan tentang layanan buruk yang diterimanya di hospital tersebut, Billy ditahan di Miami.

Dua tahun kemudian, doktor-doktor telah bersetuju bahawa kesemua personaliti Billy telah pun berjaya digabungkan menjadi satu. Selepas 11 tahun ditahan di hospital sakit jiwa, Billy dibebaskan. Kemudian pada tahun 1991, Billy tidak lagi berada di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Sepanjang dia dibebaskan, Billy telah berjaya menghindarkan diri orang awam dan tinggal di rumah kakaknya di Ohio. Pada tahun 2012, Billy disahkan mengidap kanser dan meninggal dunia pada 12 Disember 2014 pada usia 59 tahun.

Cerita Billy ini telah menjadi inspirasi untuk filem Split dan satu dokumentari mengenainya turut dikeluarkan pada tahun 2021 oleh Netflix bertajuk Monsters Inside: The 24 Faces of Billy Milligan.

Sumber: ati

 

Baca: Jeni Haynes : Gunakan 2,500 Personaliti Untuk Bebaskan Diri Daripada Azab Dirogol & Diliwat Ayah Kandung Sejak Umur 4 Tahun

jane