in

“Bila tengok, mengucap panjang” – Watie Dedah Individu Suruh Shuib Tukar Isteri Baru, Cari Yang Solehah

Shuib Tukar Bini Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dituduh menjadi punca sikap suami kian berubah, isteri kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Watie mengucap panjang apabila ada individu yang menyuruh suaminya mencari isteri lain.

Menerusi posting di TikTok, individu berkenaan dilihat menuduh Shuib sudah semakin berubah sejak berkahwin dengan Watie dan menyuruh pelawak itu mencari isteri lain yang lebih solehah.


Shuib awak tahu kenapa awak berubah sebab apa? Orang tengok awak macam tak betul sejak berkahwin dengan Watie. 

“Saya nasihat awak tukar bini baru, cari yang lebih solehah. Ops awak tak layak sebab awak pun dua kali lima,” katanya.

Kutuk Shuib

Video berkenaan walau bagaimanapun sudah dipadam dari TikTok.

Artikel berkaitan: “Bayangkan kalau pekerja dia nampak ni” – Netizen Kurang Senang Shuib Buat Lawak Perkeso Atas Pentas

Artikel berkaitan: “Dia dah bertahun tak ambik gaji” – Watie Dedah Shuib Sanggup Guna ‘Saving’ Sendiri Untuk Gajikan Pekerja

“Bila tengok, mengucap panjang je lah yang mampu” 

Watie atau nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, telah memuat naik kembali posting TikTok berkenaan di Instagram peribadinya dan mengakui mengucap panjang apabila melihat video tersebut.

Menurutnya, video tersebut telah dihantar kepadanya oleh beberapa individu dan dia hanya mendoakan agar Allah SWT sentiasa memelihara hati setiap manusia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu. 

“Dapat banyak DM pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy. Bila tengok, mengucap panjang sajalah yang mampu. 

“Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan ia bukanlah kali pertama individu berkenaan bercakap tentang Shuib dan sebelum ini dia ada mendakwa pelawak berkenaan menggunakan wang syarikatnya bagi menampung kos perbelanjaan ketika mengerjakan umrah di Makkah.

Ish, hati isteri mana tak sedih bila ada orang cakap macam tu… 

Sumber: mStar, Instagram, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.