in

“Bila orang tua jadi belia…” – Menteri Guna Ayat Rempit Dalam Tweet, Undang Kecaman Netizen

Untitled Collage 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pakej Rangsangan Prihatin untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19.

Antara yang menjadi perhatian, sudah tentulah penggunaan analogi Mak Cik Kiah untuk memudahkan pemahaman rakyat Malaysia mengenai apa manfaat yang mereka akan perolehi daripada pakej rangsangan tersebut.


Ekoran pemberian bantuan itu, ramai yang menasihatkan penerima supaya berjimat cermat dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini. Tidak ketinggalan, seorang menteri turut cuba memberi nasihat yang sama — cuma cara penyampaiannya mengundang kritikan netizen.

https://twitter.com/reezalmerican72/status/1243584302396235777

Ramai juga yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘masuk 10 cuci 30’, namun ada segelintir pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa ia satu kegiatan judi online.

 

8 4

2 21

7 5

Susulan perkongsian tersebut, ramai mempersoalkan cubaan menteri tersebut tidak kena dengan gaya dan usia seorang pemimpin bagi golongan belia negara. Pendek kata, cringe lah.

Dan tidak kurang, ada juga yang menyokong kerana menurut mereka ramai sebenarnya anak muda yang terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian. Jadi mungkin nasihat beliau itu sampai kepada golongan yang dimaksudkan.

Apa pun, terpulang kepada anda bagaimana hendak menilai kerana tutur kata mencerminkan peribadi kita. Kan?

 

Baca: “Patut bagi balik dekat KJ je” – Trending Dekat Twitter, Netizen Tak Gemar Reezal Merican Jadi Menteri Belia & Sukan

Capture 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.